Sunday, November 7, 2010

Pada 4 November lepas, Young Guns Blog telah melaporkan Guus Hiddink telah terbang ke London untuk meyakinkan Oğuzhan Özyakup, menukar pasukan kebangsaan beliau daripada Holland kepada Turki. Sebelum ini Özyakup telah menolak cadangan untuk mewakili Turki, namun kini akan mempertimbangkannya kembali selepas berbincang dengan pengurus kebangsaan Turki tersebut.

Özyakup merupakan bekas pemain remaja AZ Alkmar
Kedatangan Hiddink juga adalah untuk meyakinkan beberapa pemain berketurunan Turki yang berpotensi besar setelah Persatuan Bola Sepak Turki mengeluarkan senarai tersebut minggu lepas. Özyakup yang merupakan ketua pasukan Holland bawah 19 tahun disenaraikan bersama pemain muda Chelsea, Gokhan Tore dan pemain Portsmouth, Nadir Ciftc.

Media di Turki percaya Hiddink telah menyusun plan untuk Özyakup yang mana kontrak beliau akan tamat pada penghujung musim ini. Plan tersebut dijangka akan melihat Özyakup berpindah ke pasukan bekas bimbingan Hiddink iaitu PSV pada musim panas akan datang dimana beliau dapat memantau perkembangan prospek pemain tengah tesebut.

Walaubagaimanapun, pemain yang baru berusia 18 tahun itu mengakui tidak tahu menahu berkenaan perpindahan ke PSV, tetapi mengetahui bahawa Hiddink akan datang berjumpa dengan beliau. Özyakup dipetik berkata:
I felt honored by his visit, but you should not draw conclusions from it. I’ve been playing with the Dutch teams for years and I am very happy. Any choice between the Netherlands and Turkey has not yet been addressed. Right now I focus me on Arsenal. My contract expires at the end of the season I would first like to sort out my future.

Pada ketika ini, perbincangan untuk melanjutkan kontrak beliau agar kekal di Stadium Emirates masih lagi diperingkat awal. Kalau Hiddink pun boleh nampak potensi pemain muda ni, lebih baik dipercepatkan proses pelanjutan kontrak sebab kalau lambat karang, pasukan lain pulak yang kebas. Mana la tau masa akan datang boleh jadi macam Mesut Özil jugak.

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment