Yeah, satu lagi perlawanan yang amat mengecewakan dan ini merupakan kekalah ketiga Arsenal dalam perlawanan liga musim ini. Dua daripadanya pula merupakan kekalah ditempat sendiri dengan pasukan yang baru promote ke Liga Perdana. Ini bermakna Arsenal telah mensia-siakan enam mata yang sepatutnya diperolehi dengan mudah lantas tanda-tanda untuk menjadi juara liga musim ini nampak semakin sukar.
Mungkin terlalu awal untuk mengatakan peluang Arsenal sudah pudar. Orang boleh berkata masa masih panjang dan kemungkinan pasukan pencabar lain untuk kehilangan mata juga ada, seperti kekalahan Chelsea kepada Liverpool yang membuatkan perbezaan jurang tidak begitu ketara namun ianya hanya diatas kertas. Hakikatnya, jika Arsenal tidak pernah belajar dari kesilapan serta dengan pemainnya masih dengan sikap yang sama, maka sukanya aku katakan kita takkan menang atau layak untuk bergelar juara liga.
Sememangnya tiada lagi alasan yang munasabah untuk Wenger berikan berkenaan persembahan anak buah beliau dan sudah banyak kali kita dengar prof katakan mereka akan belajar dari kesilapan setiap kali mendapat keputusan yang mengecewakan. Namun apa yang kita nampak sekarang, mereka ini sebenarnya tidak pernah belajar dari kesilapan. Mana taknya, baru beberapa hari cakap dah belajar, hujung minggu buat balik. Apa bebal sangatkah diorang ni?
Kesilapan individu kedua buat Fabianski musim ini |
Kesilapan yang dimaksudkan adalah kesilapan individu serta persembahan yang teruk dan tidak bermaya secara keseluruhannya. Kalau beberapa hari lepas Clichy membuat kesilapan individu, kali ini giliran Fabianski pula walaupun telah banyak membuat peningkatan semenjak menjadi penjaga gol utama. Beliau keluar untuk cuba mendapatkan bola namun percubaan beliau lemah, timing tidak kena dan usaha Carroll yang bersungguh-sungguh membuahkan hasil. Newcastle menjaringkan gol pada percubaan kearah gol yang pertama dalam perlawanan tersebut.
Tidak dinafikan kesilapan Fabianski menjadi penyebab kekalahan semalam namun beliau tidak boleh lah dipersalahkan sepenuhnya. Ini kerana bolasepak adalah permainan berpasukan dan setiap pemain mempunyai kebarangkalian untuk membuat kesilapan. Memang sudah seperti menjadi kebiasaan Arsenal akan melepaskan gol akan tetapi mana perginya semangat juang pemain-pemain lain? Dari penjaga gol hinggalah penyerang, semuanya teruk. Seperti sebelumnya, Arsenal tiada fokus, konsentrasi, urgency, kreativiti dan penyudahan yang baik.
Chamakh tumpul dibarisan hadapan dan positioning beliau juga agak teruk. Setiap kali bola dihantar kehadapan atau ketengah, beliau tidak berada di kedudukan yang membolehkan beliau membuat penyudahan. Di bahagian sayap, Nasri tiada kreativiti manakala kelajuan Walcott tidak memberikan sebarang impak. Sementara Fabregas pula hilang kreativiti dan melakukan hantaran yang tidak tepat. Ini merupakan persembahan terburuk beliau sejak 2006 apabila hanya 67% hantaran beliau sampai ke destinasi yang betul.
Persembahan teruk Fabregas mengembalikan rasa sangsi sesetengah penyokong Arsenal terhadap komitmen ketua pasukan ini terhadap Arsenal. Bagi aku, persembahan beliau semalam tiada kena mengena dengan komitmen tetapi ianya lebih kepada tiada form. Tiada pemain yang sentiasa bermain dengan cemerlang dalam tiap-tiap perlawanan. Apa yang membimbangkan adalah apabila ketua pasukan bermain teruk, seluruh pasukan turut sama mengikut rentak kerana Fabregas dilihat sebagai ketua yang memimpin melalui tauladan.
Manakala dibarisan pertahanan, Laurent Koscielny dilayangkan kad merah kedua beliau setakat ini apabila beliau menarik Nile Ranger dari membuat larian terus kedalam kotak penalti Arsenal. Terdapat sedikit kontroversi terhadap keputusan pengadil tersebut setelah Ranger dilihat jatuh sedikit lambat apabila ditarik Koscielny. Mungkin beliau berlakon atau mungkin juga tarikan tersebut menyebabkan beliau hilang imbangan. Apa-apa pun Arsenal telah membuat rayuan terhadap kad merah tersebut.
Sementara itu, keputusan Wenger membawa masuk van Persie juga dipersoal ramai kerana penyerang Belanda itu baru saja pulih dari kecederaan dan tidak bermain pada perlawanan pemanas badan skuad simpanan sebelum ini. Jadi bagaimana Wenger boleh berharap kepada van Persie untuk memberi impak sedangkan beliau perlu mencari rentak permainan dahulu? Agak hairan juga apabila Arshavin yang sebelum ini bersahaja nampak lebih bertenaga dan bersungguh-sungguh kali ini namun tiada bezanya jika pemain lain seperti sudah mengalah.
Mungkin juga Arsenal tidak bertuah kerana dua percubaan terkena palang serta percubaan cantik Nasri berjaya diselamatkan dengan cemerlang oleh Tim Krul. Namun kita tidak seharusnya bergantung kepada tuah sahaja kerana kadang-kala ianya tidak memihak kepada kita. Tiada pasukan yang boleh beraksi dengan cemerlang pada setiap perlawanan. Apa yang penting ialah, bila tidak bermain dengan baik, kesilapan individu haruslah dielakkan dan peluang yang ada tidak haruslah dipersia-siakan.
Dengan rasa kecewa dan hampanya aku akhiri penulisan kali ini dengan berpendapat bahawa agak sukar Arsenal menjadi juara liga musim ini dengan persembahan yang tidak menentu sebegini dan hanya keajaiban sahaja yang mampu merealisasikan impian kita semua.
Video Highlights
menjerit2 aku kt ecky ahad 2..
ReplyDeletekeciwa giler..argh.rindu Vermaelen kt defend..Chamakh mngecewakan..
aku plak terkedu je sensorang kt ecky ari tu.. xtau nak ckp ape.. dalam hati memang aku carut sekor pemain Arsenal
ReplyDeletearghhhh nk komen pun malas...
ReplyDeletedah la mase match ni gath ngan budak2 AMG besar2an...
kalah plak..
mengecewekan...
rase mcm taknak bayar jer air yg aku minum mase tu...