Thursday, November 4, 2010

Pengurus kebangsaan Holland, Bert van Marwijk telah meletakkan nama Robin van Persie kedalam senarai awal 24 pemain Holland bagi menghadapi Turkey pada perlawanan persahabatan 17 November ini di Amsterdam walaupun penyerang tersebut masih lagi belum pulih dari kecederaan sepenuhnya.

van Marwijk telah hilang akal setelah tewas pada perlawanan akhir Piala Dunia lepas
Namun begitu, bukan van Persie seorang sahaja yang dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan walaupun masih tercedera. Mereka yang lain adalah Dirk Kuyt, Khalid Boulahrouz, Wout Brama, Eljero Elia, Theo Janssen, Ruud van Nistelrooy serta menantu beliau sendiri, Mark van Bommel.

Berita ini sudah pastinya tidak menyenangkan pengurus-pengurus pasukan yang terlibat dan tidak ketinggalan juga Arsene Wenger yang baru saja bulan lepas menegaskan bahawa van Persie lansung tidak mempunyai peluang untuk bermain dalam perlawanan persahabatan tersebut. 

Tindakan van Marwijk ini sangat tidak masuk akal kerana jika difikirkan secara logik, tidak perlulah mengambil risiko memanggil pemain yang cedera untuk bermain hanya dalam perlawanan persahabatan yang bukanlah penting sangat pun. Tambahan pula van Persie memang mempunyai kecenderungan untuk cedera yang tinggi. Beliau sepatutnya dibiarkan untuk pulih sepenuhnya dahulu. 

Jika tercedera lagi, KNVB bukan sahaja tidak menanggung segala perbelanjaan untuk memulihkan van Persie malah Arsenal juga terpaksa membayar gaji pemain tersebut yang terpaksa berehat panjang. Ini sangat merugikan Arsenal kerana tidak dapat menggunakan khidmat van Persie sepenuhnya sedangkan gaji yang dibayar agak tinggi. Diorang ingat Arsenal ni tempat rehab pemain cedera ke apa?

Pada musim lepas van Persie terpaksa berehat panjang setelah tercedera ketika membuat penampilan bersama Holland menentang Itali pada perlawanan persahabatan yang juga berlansung pada bulan November. Berikutan dengan kecederaan tersebut van Persie hanya mampu membuat 20 penampilan bersama Arsenal dan menjaringkan 10 gol.

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment