Monday, June 27, 2011

Menurut Mail Online, Arsenal dikatakan telah bersedia untuk memecahkan rekod bayaran perpindahan pemain apabila membida pemain sayap Valencia iaitu, Juan Manuel Mata dengan harga £18m.

Mata merupakan hasil dari produk akademi remaja Real Madrid
Mata yang baru sahaja membantu skuad Sepanyol menjuarai UEFA U-21 Championship 2011 di Denmark baru-baru ini, dilaporkan telah bersedia untuk membincangkan mengenai masa depan beliau.

Selain bermain di posisi sayap, pemain berusia 23 tahun ini boleh juga beraksi sebagai pemain tengah. Kebiasaannya Mata ditugaskan untuk beraksi sebagai sayap kiri oleh Valencia, namun ketika mewakili Sepanyol bawah 21 tahun yang lalu, beliau diletakkan di posisi sayap kanan dan masih dapat beraksi dengan cemerlang.

Juan Mata juga merupakan salah seorang pemain dalam skuad kebangsaan Sepanyol yang menjuarai Piala Dunia 2010 yang lepas dan beliau setakat ini telah menjaringkan 4 gol dalam 11 penampilan diperingkat antarabangsa.

Keupayaan Mata untuk membuat penyudahan yang baik serta bijak mencipta peluang untuk rakan sepasukan menjaringkan gol membuatkan Wenger tidak teragak-agak untuk berbelanja besar untuk membawa beliau ke Stadium Emirates.

Jika berita ini benar dan Arsenal berjaya dapatkan Mata, kemungkinan besar beliau merupakan sebagai pengganti kepada Samir Nasri yang masa depan bersama Arsenal masih lagi samar-samar memandangkan tiada kata sepakat dapat dicapai dalam rundingan lanjutan kontrak. Walaupun begitu, Arsenal mungkin terpaksa bersaing hebat dengan Liverpool yang telah lama dikaitkan untuk mendapatkan khidmat Juan Mata.

Juan Mata mengingatkan aku kepada Jose Antonio Reyes. Mungkin kerana mereka berbangsa Sepanyol dan bermain di posisi yang sama iaitu sayap kiri. Jika diimbas kembali, Reyes memulakan karier dengan baik bersama Arsenal namun tidak tahan dengan corak permainan fizikal Liga Perdana serta mengalami masalah kecederaan membuatkan prestasi beliau mula jatuh.

Sementara itu, Inter Milan dilaporkan telah membuat tawaran rasmi sebanyak £12 juta kepada Velez Sarsfield bagi merampas Ricky Alvarez dari Arsenal. Alvarez menjadi target utama pengurus baru Inter, Gian Piero Gasperini dan ingin jadikan playmaker tersebut sebagai pembelian pertama beliau.

Reaksi anda:

Tagged:

2 comments:

  1. based on the true story:

    Palermo president Maurizio Zamparini claims Ricardo Alvarez is an Arsenal player, commenting: "At this moment he has already signed for the Gunners."

    Inter Milan, Roma and Sevilla are also believed to be tracking the 12 million Euro star, but fresh comments from Zamparini on Friday evening would suggest Arsenal have won the battle.

    sumber: soccernet..

    nak tau betul ke tidak.. tunggu 1 july, transfer windows open..

    baca boleh, percaya jangan lagi.. tunggu offical @ arsenal.com

    ReplyDelete
  2. yess.. nama pun khabar angin..
    lagi 4 hari nak 1 julai.. kamon!!

    ReplyDelete