Thursday, June 23, 2011

Ramai yang tidak kenal siapa Ricardo Gabriel Alvarez, termasuk juga aku. Alvarez adalah pemain kidal berbangsa Argentina yang kini mewakili kelab Velez Sarsfield dan bermain di posisi attacking midfielder.

Dua medal Argentine Primera Division dimenangi bersama Velez, iaitu pada 2009 & 2011
Aku tak tahu pulak sejauh mana hebatnya pemain berusia 23 tahun ni dan menurut statistik yang aku jumpa, sejak memulakan karier professional bersama Velez pada tahun 2008, beliau telah membuat penampilan sebanyak 54 kali dan menjaringkan 6 gol.

Sebenarnya scout Arsenal yang berpangkalan di Brazil, Sandro Orlandelli sudah tiga tahun memantau perkembangan Alvarez apabila beliau menunjukkan tanda-tanda positif ketika berumur 20 tahun lagi dan sejak itu juga ramai scout dari kelab lain turut membuat pemantauan.

Pada 27 May lepas, Young Guns telah melaporkan bahawa Richard Law telah terbang ke Montevideo untuk berjumpa wakil rasmi kelab dan berbincang mengenai kemungkinan untuk mendapatkan Alvarez. Law adalah salah seorang ahli dalam team eksekutif Ivan Gazidis. Beliau bertanggungjawab untuk menguruskan hal perbincangan kontrak pemain dan juga menjadi konsultan untuk rangkaian scout Steve Rowley.

Namun begitu perjanjian tidak dapat dimetrai berikutan Velez meminta £10.7 juta bagi melepaskan playmaker tersebut. Arsenal dikatakan masih lagi dalam pemburuan untuk dapatkan Alvarez namun tidak diketahui samada Arsenal akan membuat bidaan seperti diminta Velez memandangkan beliau akan dijadikan pemain gantian dan bukan kesebelasan utama.

Menurut sebuah laman web Argentina, Olé, Inter Milan, AC Milan, Roma, Malaga, Sporting dan sebuah kelab Jerman turut menghubungi Velez berkenaan Alvarez dan sejumlah tawaran telah dibuat namun Olé melaporkan hanya Arsenal betul-betul berminat dengan pemain tengah tersebut.

Scout Arsenal untuk bakat muda Argentina boleh dikatakan pandai membuat penilaian terhadap pemain-pemain yang dicari dan dikatakan Arsenal pernah membuat perbincangan dengan wakil kelab untuk mendapatkan Javier Mascherano dan Ángel di María sebelum mereka mencipta nama dan berpindah ke kelab lain.

Sumber: Young Guns

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment