Wednesday, June 8, 2011

Kebanyakan fans tidak senang duduk apabila Samir Nasri seakan-akan tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Man Utd dalam satu temubual bersama TF1's Telefoot beberapa hari lalu. Khabar angin ini semakin bertiup kencang apabila beliau masih belum menandatangani kontrak lanjutan dan Man Utd pula sedang mencari playmaker yang kreatif berikutan persaraan Paul Scholes.

Nasri bersuara secara peribadi dalam akaun twitter
Apabila ditanya berkenaan khabar angin yang mengaitkan perpindahan tersebut Nasri berkata:
Do I want to go to Man United? First, we should see if it's real and if it is concrete.

Namun hari ini beliau telah menyangkal sebarang khabar angin berkenaan perpindahan keluar dari Stadium Emirates menerusi akaun twitter beliau @Nanas08 bagi meredakan kerisauan para penyokong.

Nasri menulis:
I just want tell you don't listen (to) the newspaper and the rumours I will let you know if something happen.

Menerusi pemerhatian aku, ramai penyokong berpendapat kenyataan Nasri dalam temubual sebelum ini sebenarnya adalah satu taktik ugutan untuk mendapat tawaran kontrak yang diinginkan seperti pernah dilakukan oleh Wayne Rooney sebelum ini. Kemungkinan besar Nasri diarah untuk menjawab sedemikian oleh ejen beliau dalam usaha mendapatkan kontrak lumayan.

Reaksi anda:

1 comment:

  1. btul2 stuju... kadang2 agent ni yang lebih2... boleh upkan lagi nilai nasri dgn cara mcm tue... hihihi

    ReplyDelete