Friday, June 17, 2011

Akhirnya kita semua boleh menarik sedikit nafas lega apabila Fabregas mengesahkan bahawa beliau sangat gembira bersama Arsenal. Ini memberi petanda bahawa beliau akan kekal sekurang-kurangnya satu lagi musim di Stadium Emirates.

Gunner sejati
Kapten kita kini berada di Madrid untuk menghadiri majlis pelancaran minyak wangi terbaru, Angel Schlesser dan kesempatan itu diambil oleh akhbar Marca untuk menemubual Fabregas mengenai situasi masa depan beliau. Fabregas berkata:

I’m very happy, I’m an Arsenal player now, and that’s it. Wenger knows what I want and he’s the boss, he decides.

Apa yang dimaksudkan dengan "Wenger knows what I want" adalah samar-samar namun tidak syak lagi maksudnya Wenger tahu dan kita semua tahu Fabregas memang mahu pulang ke Barcelona. Akan tetapi, mungkin juga apa yang dimahukan Fabregas adalah pembaharuan dalam Arsenal bagi meyakinkan beliau pasukan ini mampu juga menjadi juara? Hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa yang dibincangkan bersama. Apa yang jelasnya dalam kenyataan Fabregas adalah, beliau gembira bersama Arsenal dan itulah yang paling penting.

Walaubagaimanapun, secara jujurnya Fabregas melahirkan rasa kecewanya apabila gagal memenangi sebarang piala. Ianya adalah normal kerana tak ada siapa yang gembira kalau tak menang. Dan apabila ditanya mengenai Barcelona, Fabregas berkata:

It’s frustrating not to win trophies. Barcelona are a great club, the best in the world, and playing there is a guarantee to win.

Dengan kenyataan tersebut maka sudah terang lagi bersuluh dan kita semua sudah tahu beliau memang mahu pulang ke Barcelona namun, tambah Fabregas lagi:

I won’t step forward and say I want to join Barça. After 8 years at Arsenal, I won’t harm the club. That’s not my way of being.

Yeah, thats the way lah. Selama bertahun-tahun Barcelona menggunakan pelbagai taktik kotor untuk mendapatkan Fabregas dengan cara yang mudah dan murah. Apa yang dimahukan Barcelona adalah Fabregas mengeluarkan kenyataan umum bahawa beliau mahu berpindah ke Nou Camp. Dengan cara ini Arsenal akan mengalami tekanan untuk menjual beliau dan hubungan dengan penyokong juga akan renggang.

Namun beliau bukanlah seorang yang mudah terpengaruh dengan taktik tersebut. Fabregas juga tahu tawaran €30 juta Barcelona adalah sangat rendah buat pemain hebat seperti beliau. Hanya satu cara sahaja untuk perpindahan ini boleh dilaksanakan iaitu jika mereka menepati harga yang dinilai Arsenal, £50 juta.

Dalam pada itu presiden Barcelona, Sandro Rosell seolah-oleh memberi peluang kepada Arsenal untuk mengekalkan kapten kita ini dengan mengesahkan mereka tidak akan membuat tawaran melebihi dari apa yang ditawarkan musim lepas. Secara bengapnya Rosell menganggap nilai Fabregas sudah jatuh dari musim lepas. Rosell berkata:

Last year we offered €40m for Cesc, this season his value is less. What we can offer will also depend on his salary.

Maka dengan ini kemungkinan besar Fabregas masih akan bersama Arsenal musim depan, selagi tiada tawaran £50 juta dari Barcelona sekurang-kurangnya.

Sumber: ArseblogNews

1 comment:

  1. ko nk feb ni kekal..,mcm mne dia nk kekal kalau tak ade juara ape2..,,aku dah ckp berkali-kali dah klu feb ni nk kekal ,,Arsenal kene dpatkan trofi..,piala itu penting..,,ini main kat arsenal bertahun - tahuntak dpt ape2..,,mmg la bercelona tu nk beli dia..,,

    ReplyDelete