Tuesday, July 26, 2011

Emmanuel Eboue adalah seorang lagi pemain yang dijangka akan dijual Arsene Wenger dalam misi 'menyegarkan' pasukan Arsenal bagi menghadapi musim akan datang.


Galatasaray dilaporkan akan membida £4juta bagi mendapatkan pemain yang tidak dapat mempamerkan persembahan yang konsisten sejak beberapa musim kebelakangan ini. 

Insiden yang sangat menjatuhkan reputasi beliau adalah ketika menyebabkan Liverpool dihadiahkan sepakan penalti pada minit-minit akhir perlawanan yang menyaksikan Arsenal terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri. 

Ia juga dikatakan menjadi titik tolak kejatuhan moral rakan sepasukan lain apabila kehilangan dua mata berharga disaat Arsenal bersaing hebat dengan Man Utd dalam mengejar kejuaraan Liga Perdana.

Eboue tidak ikut serta pada Asia Tour baru-baru ini kerana menurut Wenger beliau mengalami kecederaan betis. Namun Eboue juga ditinggalkan di London ketika para pemain lain bergerak ke Jerman untuk beraksi menentang FC Cologne. Ianya dikatakan bagi membolehkan beliau melengkapkan perpindahan ke kelab lain.

Laporan: The Guardian

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment