Saturday, July 9, 2011

Sejak dua minggu lepas lagi Arsenal dikatakan berminat untuk membawa Arturo Vidal ke Stadium Emirates. Pada awalnya, Mirror Football melaporkan pemain tengah Bayer Leverkusen tersebut dinilaikan dalam lingkungan £15juta, namun semalam Sky Sports pula melaporkan pengurus Leverkusen, Robin Dutt hanya bersedia untuk memberi pelepasan jika ditawarkan dalam anggaran £19juta.

Seorang lagi defensive midfielder untuk jadi tunjang barisan belakang?
Vidal dikatakan berminat untuk mengikut bekas pengurus Leverkusen, Jupp Heynckes ke Bayern Munich namun kelab tersebut menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual bintang mereka kepada pesaing di Bundesliga manakala kelab luar pula perlu membuat tawaran menepati harga yang diinginkan.

Pemain berusia 24 tahun ini adalah salah seorang pemain yang mempamerkan persembahan paling konsisten dalam Bundesliga pada musim lepas dan dalam kempen tersebut beliau turut berjaya menjaringkan 10 gol untuk Leverkusen.

Arsene Wenger dikatakan sedang membuat pemerhatian terhadap pemain kebangsaan Chile ini setelah masa depan kapten Cesc Fabregas dan Samir Nasri untuk kekal bersama Arsenal masih lagi samar-samar. Kedua-dua akhbar iaitu Mirror Football dan Skysports mencadangkan bahawa beliau adalah pengganti kepada Fabregas jika kapten kita ini pindah ke Barcelona.

Aku tak pernah tengok aksi Vidal dan kat mana posisi dia tapi dalam Football Manager, dia dikenal pasti sebagai defensive midfielder. Aku ada beli untuk Arsenal, memang hebat! Haha. Menurut Wikipedia, Vidal adalah pemain defensive midfielder. Oleh itu aku setuju kalau Wenger beli Vidal sebagai pencabar Alex Song, malah hanya Song sahaja yang bermain diposisi tersebut buat masa sekarang.

Tapi, bab posisi ni kadang-kadang boleh ditukar-tukar mengikut kesesuaian formasi dan taktikal permainan. Vidal juga dikatakan pemain yang serba boleh dimana boleh juga diletakkan di posisi full back. Maka dengan itu, beliau turut menarik minat AC Milan, Juventus dan Man City. Sebelum ini Milan dikatakan pernah membuat tawaran £9juta dan sudah pastinya ditolak oleh Leverkusen.

Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment