Wednesday, July 6, 2011

Semalam Gael Clichy telah melengkapkan perpindahan £7 juta beliau ke Man City setelah lapan musim bersama Arsenal. Pemergian Clichy sudah pastinya meninggalkan kesan kepada barisan pertahanan Arsenal kerana hingga ke waktu ini tak ada siapa pun yang boleh dikatakan layak untuk menggantikan ketiadaan beliau. 

Babai!
Pemain yang tinggal sekarang hanyalah Keiran Gibbs, Armand Traore yang dipinjamkan ke Juventus sepanjang musim lepas dan Pedro Botelho yang sama seperti Traore dipinjamkan sepanjang musim. Keupayaan Traore dan Pedro Botelho untuk menggalas tugas ini sangatlah diragui. Hanya Gibbs sahaja yang mungkin dapat mengisi kekosongan ini jika dilihat reputasi beliau yang pernah mewakili skuad senior England sebanyak dua kali, namun masalahnya beliau mempunyai kecenderungan untuk cedera yang tinggi.

Kita tidak boleh menanggung risiko ini jika serius untuk mendapatkan sebarang piala untuk musim depan. Ada cakap-cakap yang mengatakan Thomas Vermaelen mungkin boleh diletakkan sebagai left back, namun ini bukanlah penyelesaian yang konkrit. Vermaelen bukanlah pemain yang mempunyai kelajuan seperti Clichy dan Gibbs dan pada pendapat aku, Vermaelen lebih berkesan dibahagian tengah. 

Untuk itu, Arsene Wenger perlu mencari pengganti yang sesuai dan tidak berharap sangat kepada Keiran Gibbs yang pada pendapat aku masih belum bersedia untuk menggalas pemain left back utama Arsenal. Nama yang dikaitkan adalah Leighton Baines dari Everton dan Jose Enrique dari Newcastle.

Cesc Fabregas sudah kembali ke London semalam untuk menjalani latihan pra musim dan dikatakan akan berbincang bersama Arsene Wenger mengenai masa depan beliau. Fabregas dikatakan akan meminta untuk dibenarkan kembali ke Barcelona. Segalanya akan diputuskan sebelum skuad Arsenal terbang ke Malaysia pada hari Ahad ini. Lebih baik tunggu hari minggu ni je sebab aku dah malas nak bukak cerita perpindahan Fabregas ni.

Khabar angin telah bertiup kencang mengatakan Man City telah berjaya dapatkan Samir Nasri dengan bayaran perpindahan sebanyak £19 juta seperti yang dilaporkan oleh The Mail. Akan tetapi menurut The Mirror pula, Arsenal tidak akan menjual Nasri jika tiada tawaran melebihi £25 juta dikemukan. 

Sementara itu, Ricky Alvarez yang dikatakan bakal menjadi pemain Arsenal sejak dua minggu lalu kini telah terbang ke Milan bagi melengkapkan perpindahan ke Inter Milan dengan nilai perpindahan sebanyak £11 juta.

p/s: Maaf lah entri kelam kabut sket sebab aku sibuk.

0 comment(s):

Post a Comment