Monday, June 27, 2011

Arsene Wenger dikatakan sudah memulakan perbincangan bagi melanjutkan kontrak Gael Clichy yang akan berakhir hujung musim depan. Clichy sebelum ini telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain dimana AS Roma dan Liverpool dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Clichy mahu cabaran baru?
Menurut laporan SkySports Wenger kini sedang berusaha meyakinkan Clichy untuk menandatangani kontrak baru. Beliau dipetik berkata:
We have started talks with Gael and want him to stay.

Khabar angin bertiup kencang mengatakan pemain berusia 25 tahun ini lebih berminat untuk berhijrah ke Liverpool manakala Wenger pula keberatan untuk melepaskan salah seorang left back terbaik Liga Perdana ini menyertai ke kelab rival tersebut.

Menurut laporan media, Clichy mahu berpindah atas alasan mahu cabaran baru dalam perjalanan karier beliau. Bagi aku alasan ini tak munasabah kerana banyak lagi sebenarnya cabaran yang harus ditempuhi kalau beliau bersama Arsenal. Kasi menang liga atau Champions League dulu la.

Pasti korang perasan aku ada highlight kenyataan Clichy adalah salah seorang left back terbaik dalam Liga Perdana kat atas tu kan? Baiklah, statistik yang akan aku tunjuk kat bawah ni aku ambik dari AnfieldIndex.com, sebuah blog Liverpool yang membuat laporan berdasarkan statistik.

Kenapa info dari blog Liverpool? Well, antara posisi yang perlukan peningkatan dalam skuad Liverpool adalah left back. Maka diorang sekarang tengah sibuk mencari calon yang sesuai. Untuk itu, AndfieldIndex telah membuat perbandingan 5 pemain yang dikategorikan dalam kumpulan terbaik.

Mereka adalah Patrice Evra, Jose Enrique, Leighton Baines, Gael Clichy dan Ashley Cole. Namun hanya Enrique, Baines dan Clichy merupakan target Liverpool manakala Evra dan Cole tu hanyalah untuk perbandingan semata-mata.

Kita mulakan dengan statistik ketika bertahan lima pemain tersebut.


Aku akan highlightkan yang penting-penting sahaja, yang lain tu korang lihat dan nilaikan sendiri. Diantara kelima-lima pemain tersebut, Clichy adalah yang paling banyak melakukan terjahan iaitu sebanyak 111 kali dan peratusan terjahan bersih yang berjaya dilakukan adalah 81%. Walaupun peratusan Enrique sedikit tinggi iaitu 84%, tapi jumlah terjahan yang dilakukan adalah sangat kurang iaitu hanya 61 kali.

Seterusnya intercept ataupun pintasan, sekali lagi Clichy mendahului kesemuanya dengan 110 kali pintasan dengan purata sekurang-kurangnya 3 pintasan dalam satu perlawanan. Ianya adalah jumlah yang jauh lebih tinggi dari yang lain.

Kita lihat pula pada statistik kehilangan bola, Clichy adalah yang paling kurang hilang bola dari kawalan iaitu hanya 28 kali. Sekali lagi perbezaan nya sangat jauh diantara mereka berlima.

Setakat itu sahaja statistik bertahan yang ingin aku huraikan, kita teruskan dengan statistik ketika menyerang pula.


Statistik Clichy ketika menyerang tidak sehebat ketika beliau bertahan. Walaupun begitu, data yang dikumpul tidak jauh bezanya dengan left back yang lain. Hanya Baines sahaja yang nampak terlebih hebat ketika menyerang. Mungkin kerana corak permainan Everton yang banyak menggunakan hantaran lintang.

Jose Enrique dan Leighton Baines juga dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates jika Gael Clichy berpindah ke kelab lain. Menurut statistik yang ditunjukkan, Jose Enrique adalah yang paling tidak menyerlah dalam kelima-lima mereka. Apa yang boleh aku rumuskan, Enrique adalah left back yang kuat gentel (65) maka tak mustahil jugalah beliau paling banyak terlepas kawalan bola (80).

Manakala Leighton Baines pula sangat bagus ketika menyerang. Statistik telah menunjukkan segala-galanya tapi seperti yang aku terangkan kat atas tadi, ianya bergantung juga dengan corak permainan. Banyak serangan Everton dilakukan dengan hantaran lintang dimana akan ada Tim Cahill dan kawan untuk menanduk bola masuk kedalam gawang. Ini bukan taktik Arsenal. Maka aku tak nampak apa gunanya pemain yang banyak buat hantaran lintang ni. Atau Wenger yang harus tukar taktik? Dari aspek bertahan pula, beliau nampak hanya lebih baik dari Enrique.

Bagi aku, Clichy masih lagi jadi pilihan untuk menggalas tugas left back. Sebelum ini kita tak berapa nampak Clichy ni hebat sangat tapi bila dah buat perbezaan camni baru kita tahu beliau adalah diantara yang terbaik. AnfieldIndex juga merumuskan Gael Clichy adalah left back terbaik dalam Liga Perdana. Liverpool nak sangat Clichy ni. Jangan biarkan!

Tagged:

1 comment: