Sedap mata memandang kedudukan Liga Perdana Inggeris sekarang ni. Maklumlah, pasukan tercinta yang duduk kat atas tu. Ya, aku tau Man Utd masih kekurangan satu perlawanan tapi buat apa kita nak pikir pasal tu lagi, lebih baik kita enjoy dengan berada diatas sekarang. Harap-harap ianya akan kekal hingga ke perlawanan ke-38 perlawanan nanti.
Rasanya tak perlulah aku ulas secara detail tentang perlawanan semalam sebab blog rakan-rakan lain dah ada ceritakan kesemuanya. Sejak wisel permulaan dimulakan, pasukan kita ini telah menunjukkan persembahan yang serius untuk tidak mengecewakan penyokong yang membanjari Stadium Emirates setelah dua kali berturut-turut mereka kecundang dalam perlawanan liga.
Ledakan gol pertama menerusi Samir Nasri dalam kotak penalti Fulham |
Arsenal tampak menguasai perlawanan sepenuhnya dan meletakkan tekanan yang kuat kepada Fulham yang secara tidak lansung menyebabkan mereka melakukan beberapa kesilapan. Hasilnya Samir Nasri berjaya merobek pertahanan Fulham dalam kotak penalti mereka dan melepaskan rembatan kencang didepan pintu gol mereka untuk gol pertama.
Kita tidak memperlahankan tempo permainan malah terus memburu untuk gol seterusnya namun tiada penyudah yang berkesan. Banyak gerakan-gerakan yang menarik disia-siakan terutama menerusi Alex Song dan Maroune Chamakh yang sememangnya mendatangkan kebimbangan kerana kita semua tahu agak sukar untuk Arsenal tidak melepaskan gol dalam satu-satu perlawanan. Song masih sama terus meninggalkan posisi defensive midfielder dan Chamakh pula masih sentiasa mencari rakan untuk membuat hantaran.
Apa yang dibimgbangkan menjadi kenyataan apabila Diomansy Kamara memanfaatkan peluang beliau untuk menjaringkan gol setelah berlaku kekalutan dibarisan pertahanan akibat pertembungan Squillaci dan Koscielny yang secara jelas memperlihatkan tiada komunikasi diantara mereka berdua. Sebenarnya kehadiran gol tersebut dapat dielakkan jika Koscielny memilih untuk baring diatas padang kerana pengadil pasti akan memberhentikan perlawanan atas alasan kecederaan pemain.
Setelah Fulham berjaya menyamakan kedudukan, keyakinan mereka mula kembali dan mereka bukan sahaja jarang lagi melakukan kesilapan malah turut menghasilkan gerakan yang merbahaya. Pujian harus diberikan kepada barisan pertahanan terutama sekali Fabianski yang berjaya menahan tolakan Kamara dalam situasi satu lawan satu. Begitu juga Djourou yang masuk menggantikan Koscielny. Beliau berjaya mendominasi bola diudara dengan baik dan bentuk fizikal beliau yang besar turut banyak membantu memperkuatkan barisan pertahanan.
Gol kemenangan hadir menerusi gerakan cantik Arshavin dan van Persie yang mana memberi ruang untuk Nasri sekali lagi menjadikan kotak penalti lawan adalah kawasan mainan beliau. Perlawanan masih lagi seimbang dimana Fulham masih lagi berbahaya yang membuatkan Fabianski terpaksa melalukan beberapa saves yang cemerlang.
Bagaikan satu trend dimana Arsenal sentiasa buatkan kita semua sakit jantung melihat persembahan mereka. Sudah beberapa perlawanan kita dapat lihat Arsenal sentiasa bekerja keras untuk menang dan struggle untuk mempertahankan kedudukan sedangkan pada satu ketika kita bermain dengan baik sekali dan mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.
Dari segi persembahan individu pula, jelas sekali Samir Nasri sangat cemerlang musim ini. Beliau bukan sahaja sudah menjaringkan 11 gol malah gol-gol yang dijaringkan adalah sangat cantik. Beliau mempunyai pakej yang lengkap iaitu kelajuan, vision dan penyudahan yang baik. Tidak mustahil satu hari nanti Nasri akan menjadi pemain yang setanding dengan Messi dan Ronaldo jika beliau terus melakukan peningkatan. Seorang lagi pemain yang banyak memberi pengaruh pada perlawanan semalam adalah Andrey Arshavin. Beliau telah menghasilkan 10 assist buat masa ini dalam kesemua kejohanan.
Berikutan persembahan cemerlang mereka berdua ini, blog Ashburton Grove membuat persoalan adakah mereka bermain sebegitu semata-mata untuk memancing kontrak yang lumayan atau untuk menarik minat kelab-kelab besar untuk mendapatkan khidmat mereka? Persoalan ini ditimbulkan berdasarkan kontrak Nasri dan Arshavin bakal tamat penghujung musim depan.
Aku yakin Nasri sangat komited pada Arsenal. Akan tetapi Arshavin pula agak samar-samar kerana umur beliau bakal mencecah 30 pada tahun depan. Polisi Arsenal yang hanya menawarkan satu tahun kontrak lanjutan kepada pemain yang berumur 30 tahun keatas bakal membuatkan Arshavin hilang minat untuk terus berada di Stadium Emirates. Diharap kita dapat mendengar berita tentang lanjutan kontrak dua pemain ini tidak lama lagi.
Sementara itu persembahan Alex Song agak mengecewakan. Beliau dilihat banyak pergi kedepan untuk membantu serangan sedangkan posisi asal beliau adalah defensive midfielder. Song sepatutnya kekal didepan barisan pertahanan dan berikan perlindungan kepada mereka seperti apa yang beliau lakukakan pada musim lepas dan ianya sangat berkesan. Seorang lagi pemain yang agak mengecewakan bagi aku adalah Theo Walcott. Walaupun beliau berjaya mengatasi pertahanan lawan namun beliau tidak dapat membuat keputusan yang baik terutama sekali bila sudab berada dikawasan lawan.
Video Highlights
defend tetap mcm biase..kucar kacir..
ReplyDeleteplaza tol juru ganti koscielny baru ok skit...
tapi, we're top of the league!!1!
djourou injured plak.. koscielny main balik rabu ni
ReplyDelete