Salam kepada semua. Entri post-match kali ini memang super lambat. Sorry lah sebab aku sibuk dengan kerja baru dan tak boleh nak luangkan lebih masa untuk menulis blog lagi-lagi kalau perlawanan tu dalam mid week. Walaupun begitu aku masih sempat la baca beberapa berita dan blog lain sama, maka aku rasa nak jugak post entri ni walaupun dah lambat. Harap korang semua tak kisah (lagi pun ni blog aku, aku punya suka lah.. haha).
Tak perlulah aku ulas match ni panjang-panjang sebab secara keseluruhannya permainan Arsenal memang sangat teruk. Kita masih lagi sama, masih tak boleh nak kalahkan pasukan seperti United dan Chelsea. Arsenal tidak dapat bermain seperti sedia kala. Kalau nak diikutkan pemain-pemain kita mempunyai kualiti, kemahiran teknikal yang tinggi dan berbakat besar tapi ianya masih belum cukup untuk tewaskan United. Apa sebabnya?
Koscielny berjaya mengawal Rooney dengan baik |
Kalau nak diikutkan, persembahan United tempoh hari bukanlah yang terbaik, namun ianya sudah cukup buat mereka untuk dapatkan tiga mata. Kawalan bola yang baik dan hantaran yang tepat bersertakan taktik yang berkesan untuk memanipulasi corak permainan Arsenal menjadi intipati kejayaan United malam itu. Tidak dinafikan juga faktor nasib baik dengan gol fluke yang dijaringkan Park Ji-Sung tersebut.
Walau apapun, mari lihat pasukan kita dulu. Masih lagi masalah yang sama, mentaliti pemain menjadi kelemahan Arsenal apabila menentang pasukan-pasukan besar. Kita dapat lihat United mengawal bahagian tengah padang dengan baik. Ini sebenarnya turut dibantu dengan kurangnya keyakinan diri pemain-pemain Arsenal itu sendiri. Kita dapat lihat setiap kali seseorang pemain itu mendapat bola, beliau akan cuba membuat hantaran dengan pantas kerana mungkin beliau bimbang akan melakukan kesilapan jika terlalu mengawal bola lebih lama. Secara tak lansung menyebabkan hantaran yang kurang tepat dan gagal mencipta gerakan yang menarik.
Dari aspek taktikal pula, Ferguson bijak menggunakan taktik yang sesuai bila berdepan dengan Arsenal yang memang menjadi kebiasaan akan menggunakan taktik dan cara yang sama - cara Arsenal. Wenger tetap dengan falsafah beliau iaitu bermain dengan corak permainan yang cantik dan menyerang. Apa yang Wenger cuba terapkan dengan bermain cara Arsenal tanpa menghiraukan taktik apa yang dipakai pihak lawan, pada asasnya memang ada kelebihannya yang tersendiri namun apa yang menyebabkan ianya tidak menjadi adalah sebab set pemain yang kita ada sekarang. Apa yang tak kena dengan mereka? Jawapannya seperti yang aku terangkan sebelum ini - kelemahan mental.
Oleh sebab cerita pun dah lapuk, aku tak nak lah tulis panjang-panjang lagi. Secara positifnya, Szczęsny mempamerkan aksi penampilan pertama dalam perlawanan liga bersama Arsenal dengan cemerlang sekali. Agak menarik juga bila difikirkan kalau dipermulaan musim kita sangat bimbang dengan situasi penjaga gol, namun kini kita ada dua penjaga gol yang boleh diharap. Tidak hairanlah Wenger begitu yakin tidak membeli seorang penjaga gol pada musim panas lepas.
Sementara itu, dari segi pertahanan sebenarnya ada juga peningkatan terutama sekali Koscielny yang berjaya mengawal situasi dengan baik walaupun diasak bertali arus. Gael Clichy pula dilihat sangat struggle apabila menghadapi asakan daripada Nani memandangkan kurangnya bantuan dari Arshavin. Pemain sayap Russia tersebut sepatutnya berada lebih dekat supaya Clichy tidak teragak-agak untuk buat keputusan samada ketika membuat terjahan ataupun hantaran. Namun begitu, kerap kali juga Clichy berjaya membaca gerak langkah Nani lantas menggagalkan serangan United.
Akhir sekali aku ingin memperkatakan tentang mutu pengadilan pada perlawanan tersebut. Seperti kebiasaan perlawanan penting sebegini pasti akan timbul kontroversi keputusan pengadil. Pertama sekali Rio Ferdinand terlepas dari menerima hukuman apabila cuba bersaing untuk dapatkan bola tinggi bersama Sagna. Bagaimana pengadil boleh buat tak nampak dengan kesan kekasan pada abdomen Sagna sehinggakan jersi yang dipakai koyak?
Kedua, setiap kali Arsenal bertandang ke Old Trafford, kebarangkalian United untuk mendapat sepakan penalti sangat tinggi. Walapun pada perlawanan tersebut bola memang terkena tangan, tapi aku masih tak puas hati sebab menurut rekod, dalam lapan pertemuan di Old Trafford, United telah dihadiahkan dengan lima sepakan penalti. Pengadil memang sungguh bermurah hati dan sangat yakin sepakan penalti harus diberikan kepada United. Keputusan itu tidak begitu susah untuk dilakukan berbanding dengan perlawanan-perlawanan lain (harap korang faham dengan penjelasan ni).
Yang paling celaka sekali, macam mana pengadil boleh buat tak tahu je dengan apa yang Rooney buat kat Chamakh seperti dalam video dibawah? Lansung tak ada tindakan atas apa yang lahanat ni buat. Takde buat penyiasatan dengan bukti video ke? Atau cara Rooney ini memang sah dari sisi undang-undang bola sepak? Mungkin juga hanya Rooney, seorang hero England yang boleh lakukan skill tahap dewa ini.
0 comment(s):
Post a Comment