Menjelang pertemuan dua seteru lama awal pagi ini, aku nak ceritakan tentang perlawanan yang digelar Battle of Old Trafford. Gelaran ini mula dicipta oleh media Inggeris bersempena perlawanan yang berlansung pada 21 September 2003 yang berakhir dengan insiden dramatik yang melibatkan beberapa pemain seperti Patrick Viera, Ruud van Nistelrooy dan Martin Keown.
Sebelum itu, kita mulakan dengan pertemuan yang dikatakan menjadi titik mula permusuhan ini. Ianya dikatakan bermula secara kebetulan sejak perlawanan pertama Alex Ferguson sebagai pengurus Man Utd menentang Arsenal lagi iaitu pada tahun 1987. Pada perlawanan tersebut, David O'Learry dilihat sering dikasari oleh pemain United, Norman Whiteside, mendiang David Rocastle dilayangkan kad merah akibat provokasi pemain United dan perbalahan besar tidak lagi dapat dielakkan.
Pada musim berikutnya, Brian McClair gagal menyempurnakan sepakan penalti pada perlawanan pusingan kelima FA Cup dan Nigel Winterburn dengan gembiranya menganjeng McClair atas kegagalan tersebut. Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada Arsenal 2-1 dan layak ke pusingan seterusnya, namun Arsenal tewas 1-2 kepada Nottingham Forest pada pusingan keenam atau suku akhir.
Pada perlawanan liga musim 90/91, McClair berjaya membalas dendam beliau terhadap Winterburn. Ianya bermula apabila pemain left-back Arsenal tersebut terjatuh diatas padang ketika cuba membuat terjahan terhadap Dennis Irwin, dengan tidak semena-mena McClair dan Irwin menendang Winterburn yang masih lagi berbaring diatas padang lantas menyebabkan pergaduhan sebanyak 21 orang tercetus.
Mendiang David Rocastle pernah menyatakan:
It was our team-mate, our little blood brother, in trouble. They were kicking Nigel like a nightclub brawl. That's what got us upset. If it was just a bad tackle, you wouldn't go in like that, no chance. But when I saw them kicking Nigel I ran over thinking, 'You can't have this'! We went in there and we stuck up for each other. At Arsenal we never, ever started any brawls – we just finished them.
Akibat dari insiden ini, kedua-dua pasukan didenda dan ditolak mata dalam liga. Arsenal ditolak dua mata dan Man Utd hanya satu mata. Walaupun begitu, ianya tidak melemahkan semangat perjuangan Arsenal dan pada penghujung musim The Gunners ditabalkan sebagai juara liga dengan perbezaan tujuh mata dengan tempat kedua, Liverpool.
Insiden ini telah menjadikan Keown sebagai lagenda dan hero buat fans Arsenal |
Mari kita mengimbau kembali perlawanan yang digelar Battle of Old Trafford ini. Arsenal turun tanpa Sol Campbell yang diberikan kelepasan selepas bapa beliau meninggal dunia dan Wenger merehatkan Robert Pires dan Sylvain Wiltord dan menurunkan Fredrik Ljunberg dan Ray Parlour untuk menghasilkan midfield yang lebih fizikal. Taktik ini menjadi dimana Man Utd gagal membolosi kubu pertahanan Arsenal.
Perlawanan tersebut memperlihatkan banyak kekasaran dilakukan oleh kedua-dua pasukan, 13 oleh United dan 18 oleh Arsenal. Maka tidak hairanlah ketegangan memuncak hingga keminit-minit akhir permainan. Patrick Vieira pada mulanya dilayangkan kad kuning pertama pada minit ke-77 akibat kekasaran terhadap Quinton Fortune dan dilayangkan kad kuning kedua tiga minit kemudian akibat dikatakan cuba menendang van Nistelrooy yang mengasari beliau terlebih dahulu ketika cuba mendapatkan bola tinggi.
Apa yang membuat Vieira bengang adalah reaksi van Nistelrooy yang melebih-lebih yang mengharapkan pengadil melayangkan kad kepada ketua pasukan Arsenal tersebut. Dalam autobiografi beliau, Vieira dipetik berkata:
Personally, I can't stand the sight of van Nistelrooy. Everything about him annoys me. He's always complaining, whingeing. The man is a cheat and a coward. Everyone thinks he's a nice guy but in fact he's a son of a bitch.
Berbalik pada perlawanan tadi, United dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-90 setelah Diego Forlan dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Martin Keown. Sepakan penalti diambil oleh van Nistelrooy dan beliau merembat kencang menggegarkan palang gol, dengan pantas juga Keown mendapatkan Nistelrooy dan mengeluarkan kata-kata yang menganjeng.
Selang satu minit, wisel penamat ditiupkan dan beberapa pemain Arsenal seperti Keown, Lauren, Parlour, Cole dan Toure mula mengerumuni van Nistelrooy. Keown juga dilihat dengan sengaja melompat disebelah van Nistelrooy dan menghempap lengan beliau dibelakang kepala penipu yang tak guna itu. Sementara itu, Lauren dilihat menolak van Nistelrooy dari belakang serta Parlour dan Cole mengeluarkan kata-kata kesat.
Insiden ini telah menyebabkan Arsenal didenda £175000 sementara Lauren digantung empat perlawanan dan didenda £40000, Keown tiga perlawanan dan £20000, Vieira dan Parlour satu perlawanan dan masing-masing didenda £20000 dan £10000. Jens Lehmann pada mulanya dikenakan tindakan namun digugurkan, Ashley Cole didenda £10000, Ryan Giggs £7500 dan Ronaldo £4000.
Arsenal menamatkan kempen liga musim tersebut dengan tanpa sebarang kekalahan dan menerima gelaran The Invincibles. Rekod tanpa kalah ini berlanjutan sehingga ke perlawanan liga yang ke 49 dan hanya berjaya ditamatkan oleh United di Old Trafford yang menyaksikan satu lagi insiden berlaku yang dinamakan Battle of Old Trafford II atau pun Battle of the Buffet kerana laporan menyatakan beberapa jenis makanan seperti pizza, kopi, sup tomato dan sup kacang pis dilemparkan kepada Alex Ferguson.
Sumber: Wikipedia, Guardian.co.uk
0 comment(s):
Post a Comment