Saturday, October 16, 2010

Pasti ramai yang pernah terbaca kenyataan-kenyataan Wenger yang selalu menyebelahi anak-anak buah beliau walaupun sudah terang-terangan seseorang pemain itu berhak dipersalahkan atau dikutuk. Aku memang sudah lama beranggapan pengurus kita ini memang sengaja backup pemain sendiri demi menjaga keharmonian kelab dan supaya moral pemain tidak terjejas.

Media tak tahu disebalik senyuman tersebut mereka selalu kena kencing dengan Wenger
Seperti yang dilaporkan oleh Telegraph.co.uk, Arsene Wenger hari ini secara jujur mengakui bahawa beliau kadang-kadang terpaksa menipu pihak media bagi melindungi pemain dan niat beliau memang jelas kerana ianya sentiasa memberi manfaat kepada pemain itu sendiri. Wenger juga berkata, beliau tidak berasa selesa selepas menipu namun ianya terpaksa dilakukan.

Kalau nak menipu mestilah kena pandai. Wenger menjelaskan beliau sentiasa akan 'kao tim' dengan seseorang pemain itu terlebih dahulu supaya kenyataan masing-masing selaras dan tidak bercanggah. Ini berlainan dengan situasi kelab Manchester United berkenaan isu Alex Ferguson dan Wayne Rooney. Ferguson menyatakan bahawa Rooney mengalami kecederaan pergelangan kaki sementara Rooney pula menyatakan beliau tidak mengalami kecederaan tersebut sepanjang musim.

Wenger turut mengulas situasi Rooney ini dan menurut beliau, secara umumnya setiap pemain mahu bermain dalam setiap perlawanan namun pengurus pula kadang-kadang merasakan mereka perlu merehatkan seseorang pemain tersebut. Tambah Wenger lagi, jika dilihat pada statistik, kecergasan fizikal pemain itu tidak terjejas walaupun mereka bermain selang tiga hari, namun ketajaman mental yang akan berubah.

Tagged:

2 comments: