Saturday, October 16, 2010

Laurent Koscielny disahkan dalam Arsenal.com mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Birmingham malam ini. Ketiadaan beliau memberikan peluang kepada Djourou untuk beraksi memandangkan Thomas Vermaelen dikhabarkan hanya akan pulih dalam masa 10 hari lagi. Maka malam ini kita dapat saksikan gandingan Djourou dan Squillaci pada barisan pertahanan.

Hleb akhirnya sedar yang rumput tidak selalunya hijau
Pada malam ini juga kita akan dapat menyaksikan Alex Hleb kembali setelah dua tahun meninggalkan Stadium Emirates untuk meraih gaji yang lebih tinggi dan rasa glamour bersama Barcelona. Namun sepanjang dua tahun ini beliau gagal menarik perhatian Pep Guardiola untuk bermain dalam kesebelasan utama dan telah dipinjamkan ke kelab Vfb Stuttgart pada musim lepas dan Birmingham pada musim ini.

Beliau yang kini berusia 29 tahun masih belum menunjukkan impak yang diharap-diharapkan namun pengurus Birmingham, Alex McLeish yakin Hleb masih mempunyai Faktor X dan meminta beliau untuk buktikannya pada malam ini. Dalam pada itu Hleb juga yakin Birmingham mampu melakukan kejutan seperti West Brom jika bekerja dengan lebih keras.

Reaksi anda:

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment