Pada perlawanan yang ke-800 Arsene Wenger sebagai pengurus Arsenal, tiga mata penuh berjaya dikutip dan ia amat berharga buat Arsenal memandangkan Man Utd dan Chelsea hanya memperoleh keputusan seri dalam perlawanan masing-masing. Ianya juga dapat menaikkan kembali moral para pemain setelah tewas dalam dua perlawanan sebelumnya.
Segalanya bermula dengan baik apabila Wilshere dan Chamakh melakukan satu dua namun penyudahan Chamakh berjaya ditampan oleh kaki Stephen Carr. Chamakh seharusnya dapat lakukan dengan lebih baik lagi dengan merembat kearah kiri pintu gol Birmingham.
Arsenal sepatutnya berada dihadapan lebih awal lagi apabila sepakan percuma yang diambil oleh Nasri berjaya ditanduk dengan kemas oleh Sebastien Squillaci menerjah gawang gol Birmingham namun penjaga garisan telah mengangkat bendera menandakan pemain pertahanan itu offside. Pada pendapat aku, Squillaci berada di posisi onside.
Squillaci tak nampak macam offside. Mungkin lengan beliau ada terlebih sket. |
Peluang untuk menjaringkan gol terus dicipta apabila Diaby membuat hantaran kepada Arshavin namun tolakan beliau berjaya diselamatkan Ben Foster. Begitu juga Gael Clichy yang memperoleh peluang apabila Sebastian Larsson melakukan kesilapan yang memberi ruang kepada Clichy akan tetapi rembatan kaki kanan beliau sedikit tersasar.
Birmingham akhirnya berjaya mengejutkan Arsenal apabila penyerang tinggi lampai mereka, Nikola Zigic dengan mudah menanduk bola yang dihantar dengan baik kedalam kotak penalti Arsenal melepasi jangkauan Fabianski. Ianya tandukan yang sangat baik oleh Zigic dan tiada kesilapan dari Fabianski disitu.
Arsenal kemudian dihadiahkan sepakan penalti apabila Marouane Chamakh dijatuhkan didalam kotak penalti oleh Scott Dann. Penalti tersebut agak kontroversi kerana Chamakh dilihat seperti sengaja menjatuhkan diri. Scott Dann mungkin ada tersentuh kaki Chamakh, namun untuk meyakinkan lagi pengadil, beliau terpaksa menjatuhkan diri dengan lebih dramatik. Tindakan Scott Dann yang menghulurkan kaki ketika bola jauh dari beliau juga mempengaruhi keputusan pengadil. Samir Nasri mengambil penalti tersebut dengan baik untuk gol penyamaan pada minit ke-41.
Dua minit separuh masa kedua bermula Arsenal berjaya mendahului Birmingham apabila gerakan menarik yang dihasilkan Wilshere dan Song berjaya menemui Chamakh yang membuat pusingan baik dan tolakan bola beliau berjaya menewaskan Ben Foster.
Pada minit-minit akhir perlawanan Jack Wilshere dilayangkan kad merah apabila terjahan beliau agak tinggi dan mengena pergelangan kaki Nikola Zigic. Tidak lama kemudian, Birmingham hampir mendapat peluang untuk menyamakan kedudukan namun Fabianski membuat tindakan yang bijak apabila dengan pantas keluar untuk mendakap bola tersebut.
Secara keseluruhannya, Jack Wilshere merupakan pemain terbaik diatas padang dan beliau terus mempamerkan peningkatan dalam setiap permainan beliau. Wilshere juga mengakui bahawa beliau memang berhak mendapat kad merah yang dilayangkan keatas beliau dan akan belajar dari kesilapan tersebut.
Aku nampak Wilshere tidak ubah seperti Paul Scholes, seorang pemain yang berkebolehan tetapi lemah dalam percubaan mendapatkan kembali bola. Walaubagaimanapun, diharap agar Wilshere dapat memperbaiki kelemahan tersebut. Sementara Fabianski pula, aku puas hati dengan persembahan beliau yang bebas dari segala kesilapan buat masa ni. Semoga beliau juga akan terus meningkatkan prestasi beliau.
Video Highlights
match ni diababun main ok plak..
ReplyDeletetapi bila kat kotak penalti birmingham sumanya clueless...
si song ni mcm bakal jadi bahan caci maki aku jer kalau dia terus naik atas sampai lupa tugas DM...
tu lah pasal.. sejak kebelakangan ni song asyik naik je.. bajet nak ganti fab kot.. tolong la sape2 gi lempamng song tu supaya dia sedar diri sket.
ReplyDelete