Wednesday, October 27, 2010

Tiga mata penuh kali ini sudah semestinya memberi impak yang sangat positif buat Arsenal bukan sahaja meletakkan The Gunners ke landasan yang betul, malah menaikkan lagi moral setiap pemain meneruskan perjuangan bagi menamatkan kemarau piala di Stadium Emirates.

Kemenangan keatas Man City ditempat lawan membuktikan bahawa Arsenal bukanlah pasukan yang tidak mampu menandingi pasukan-pasukan besar di England kerana pasukan awan biru itu digembar-gemburkan bakal memberi saingan hebat dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini setelah berbelanja besar pada musim panas lalu dan kejayaan menewaskan Chelsea baru-baru ini.

Cesc Fabregas juga berjaya buktikan kata-kata beliau sebelum ini bahawa semangat berpasukan bukanlah boleh dibeli dengan wang. Beliau dan rakan sepasukan yang lain secara keseluruhannya bermain dengan baik dan menunjukkan pada City karakter sebuah pasukan terancang yang sudah bersedia untuk menjadi juara walaupun tidak dinafikan masih ada bahagian yang perlukan peningkatan terutama sekali dibahagian pertahanan.

Pengurus City, Roberto Mancini memberi alasan bahawa jika pemain mereka tidak dibuang pada awal perlawanan, keputusan akan menjadi sebaliknya. Namun Mancini tidak boleh menyalahkan situasi ini atau keputusan pengadil, sebaliknya persoalan salah siapa ini hanya boleh dijawab oleh beliau sendiri.

Dedryck Boyata pula tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana seperti semua tahu, pemain muda akan cenderung melakukan kesilapan dimana dari situlah mereka belajar dan menimba pengalaman. Kenapa tidak diturunkan Joleon Lescott yang banyak pengalaman diletakkan dibangku simpanan sedangkan mereka berdepan dengan pasukan yang hebat?

Seperti yang kita dapat saksikan pada perlawanan tersebut, persembahan City agak goyah dimana mereka sering terlepas kawalan bola dengan hantaran-hantaran yang tidak tepat berbanding persembahan Arsenal yang lebih kemas dan teratur meskipun ketiga-tiga pemain tengah terpaksa bermain dengan berhati-hati setelah masing-masing dilayangkan kad kuning.

Bendtner menjaringkan gol 'ala Henry'
Jika dilihat perbandingan barisan bangku simpanan kedua-dua pasukan, walaupun tidak bernilai secara keseluruhannya ratusan juta, Arsenal mempunyai barisan pemain yang lebih mantap dari segi gaya permainan individu lantas memberikan Wenger banyak pilihan untuk mengatur strategi. Ini dapat kita lihat pada pemain gantian seperti Rosicky yang kreatif, Walcott yang pantas dan Bendtner semakin berbahaya dihadapan.

Pujian harus diberikan kepada Samir Nasri yang kreatif mengatur serangan dikala perancang utama Cesc Fabregas masih perlukan lebih banyak perlawanan untuk mendapat rentak setelah baru saja pulih dari kecederaan. Fabregas kelihatan agak gugup setelah gagal menyempurnakan sepakan penalti dengan baik dan boleh dikatakan menjadi punca konsentrasi beliau agak terganggu.

Namun kemenangan ini tidak mungkin akan jadi kenyataan jika Lukasz Fabianski tidak mempamerkan aksi cemerlang mengekang segala percubaan berbahaya dari pihak lawan. Peranan beliau sangat penting kerana jika City berjaya menjaringkan gol sudah pasti ianya dapat menaikkan semangat mereka untuk memburu lebih gol. Tahniah kepada Fabianski yang akhirnya berjaya mempraktikkan apa yang beliau pamerkan ketika sesi latihan pada perlawanan sebenar.

Video Highlights

Tagged: , , ,

4 comments:

  1. cilaka ni betol2 wat onar ni..
    hahaha..
    aku nk komen kat sini,terkomen kat post saya mahu menang kejuaraan bersama arsenal plak...
    ahahahahahahahah..
    flappyhandski no more..
    skrg fabianheroski....

    ReplyDelete
  2. @TT yeah, buffon ngan casillas pn salute la ngan performance dia mlm tu.. haha

    @Paria Perawan bendtner punya finishing dah sama cam henry tu.. haha

    ReplyDelete
  3. aii baru skrg aku tgk fabianski perform all out..agknya dh byk sgt kutukan ke atsnya selama ni..heheh.. arsenal sbnrnya akn hadapi mslh jika silva brjaya jaringkan gol seawal prlawanan, bola tu bkn senang nk handle jika keeper x btul2 alert n brtindak tgkas..tp fabianski brtindak dgn cara yg sepatutnya.. tahniah..n aku hrp bkn mlm tu je lah dia hensem.. nmpknya almunia kena byk2 wat solat hajat utk terus jd keeper no 1 arsenal..hehe..

    ReplyDelete