Thursday, December 1, 2011


Nampaknya penyerang Lille ini mahu mengikut jejak langkah bekas rakan sepasukannya, Gervinho dengan berpindah ke Stadium Emirates. Di kala Arsenal sedang mencari penyerang baru sebagai backup untuk Robin van Persie, Moussa Sow telah menyatakan hasrat beliau untuk bermain di Liga Perdana Inggeris dimana Arsenal menjadi pilihan beliau.

Lille mahu menyambung kontrak Sow yang bakal berakhir pada Jun 2013, namun tiada kata sepakat dapat dipersetujui dan penyerang kebangsaan Senegal ini tidak menolak sebarang kemungkinan untuk berpindah pada Januari depan.

Bercakap dalam sebuah stesen radio di Perancis, Sow dipetik berkata:
But my dream is to play in the Premier League because you progress as a player with the atmosphere, goals and game. I watch the games with envy on TV. I desire to play there one day. Arsenal are a big club but we will see.

Sejak berpindah dari Rennes pada tahun 2008, penyerang berusia 25 tahun ini telah menjaringkan 29 gol dalam 48 perlawanan bersama Lille.

Sumber: The Mail

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment