Tuesday, December 27, 2011


Arsenal dikatakan akan membida Casemiro dengan nilai £10juta pada bulan hadapan setelah Sao Paolo mendedahkan mereka hanya akan mendengar tawaran bermula dari nilai tersebut. 

Selain Arsenal, AC Milan dan Juventus juga akan turut sama bersaing bagi mendapatkan khidmat pemain berusia 19 tahun yang sedang meningkat naik ini.

Casemiro adalah pemain serba boleh dimana beliau boleh diletakkan pada mana-mana posisi bahagian tengah. Selain itu beliau juga sangat bertenaga dan agresif dimana sering melakukan terjahan disamping boleh menyerang.

Walaupun masih muda, Casemiro sudah membuat satu penampilan bersama skuad senior Brazil.

Sumber: The Mail
Reaksi anda:

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment