Friday, December 2, 2011


Sejak berpindah dari Lorient pada musim panas tahun lepas, pertahanan kebangsaan Perancis ini sudah melalui pahit manis bermain dalam saingan hebat Liga Perdana Inggeris bersama Arsenal. Seperti yang dijangka oleh ramai pihak, walaupun mempunyai kemahiran bertahan yang baik, Koscielny akan mengalami masalah kerana mempunyai susuk tubuh yang sederhana.

Namun kini, setelah banyak belajar selama satu musim yang lalu, persembahan Koscielny tampak lebih hebat dan berkesan berbanding musim lepas. Ternyata sekali beliau kini sudah dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan yang lebih fizikal di England.

Ini kerana Koscielny sedar bahawa penyerang-penyerang dalam Liga Perdana Inggeris kebanyakannya bertubuh sasa dan pemain berusia 26 tahun ini sedar beliau perlu menambah kekuatan dalam permainannya. Untuk itu, Koscielny telah bekerja keras dalam menaikkan ciri-ciri fizikal beliau agar lebih tegap dan mantap.

Koscielny dipetik berkata:
I think for a defender it is the best championship. I have had a bit of time now to be strong and get to know this league. Now I feel good on and off the pitch and I try to put the effort into being a good defender. You don't have to play differently here, you just have to work on the physical side. It's very different to France or Spain and the strikers are very strong. I've worked a lot to do that.

Buat masa ini, Koscielny terpaksa beralih ke posisi bek kanan setelah Bakari Sagna dan Carl Jenkinson mengalami kecederaan dan beliau mengakui agak sukar untuk memberi sokongan terhadap Theo Walcott ketika menyerang kerana penyerang England itu terlalu pantas.

Tambah beliau
I try to do the defensive work. It is a little difficult to help Theo though because he is too quick! I try to give the best I can, and that's it. I can get forward once or twice a game. I try to do the job seriously but I hope Bacary [Sagna] or Carl [Jenkinson] come back quickly.

Sumber: Sky Sports

0 comment(s):

Post a Comment