Monday, December 12, 2011


Thierry Henry mengesahkan bahawa beliau mempunyai cita-cita untuk menceburi bidang kejurulatihan selepas karier sebagai pemain bolasepak tamat dan lagenda Arsenal mengakui bahawa beliau mahu menguruskan the Gunners suatu hari nanti.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau akan menjadi bos Arsenal, Henry berkata:
One day, but when is he (Wenger) going to stop?

Sebagai individu yang mempunyai hubungan istimewa dengan Arsenal, Henry tidak menafikan beliau berasa sakit setiap kali melihat Arsenal tewas dan lebih teruk lagi apabila beliau hanya mampu melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Henry berkata:
I’ve said, and I’ll always say, ‘Once a Gooner, always a Gooner’. Every time I can, I always watch Arsenal. I’m in pain when Arsenal lose, I can’t take it well. I didn’t like it when I was a player and it’s worse now. At least when you’re a player you can do something about it.

Sementara itu Arsene Wenger mengakui banyak pemain-pemain beliau mempunyai kualiti untuk menjadi pegurus. Antaranya adalah seperti Patrick Vieira dan Thierry Henry. Beliau turut mengalu-alukan mana-mana bekas pemain Arsenal untuk kembali dan dapatkan lencana kejurulatihan bagi membolehkan mereka memasuki bidang tersebut.

Namun Wenger menasihatkan bahawa bidang pengurusan adalah bukan sesuatu yang mudah untuk diceburi.

Wenger dipetik berkata:
You have to learn the job. You need to learn the team, how to handle people. You do not stop being a player and ­become a manager the next day. It doesn’t work like that. It is a different life from a player. You have to dedicate your life to the team. Players have to make that choice.

Sumber: The Star

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment