Wednesday, December 21, 2011


Arsene Wenger telah mengesahkan beliau mungkin terpaksa mencari bek kiri pada Januari depan berikutan kedua-dua bek kiri yang ada sekarang mengalami kecederaan. Walaubagaimanapun semuanya bergantung dengan situasi kecederaan Keiran Gibbs.

Gibbs pada mulanya dijangka dapat diturunkan pada penghujung bulan ini, namun ada kemungkinan beliau terpaksa direhatkan dengan lebih lama selepas sekali lagi mengalami kecederaan. Pada waktu ini, Gibbs akan berjumpa pakar untuk menganalisa kecederaan beliau dan keputusannya akan diperoleh dalam masa terdekat.

Andai kata beliau terpaksa direhatkan dengan lebih lama, Wayne Bridge adalah calon yang sesuai buat Arsenal. Pada pendapat aku pula, kalau Gibbs pulih sekali pun, Wenger masih perlu mendapatkan back up untuk posisi bek kiri ni kerana kemungkinan besar pemain tersebut akan mengalami kecederaan lagi.

Walaupun dapat mengekalkan tahap kecergasan dan bekerja dengan keras sewaktu latihan, Bridge masih tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Man City dimana Mancini lebih percaya kepada Pablo Zabaleta untuk mengisi posisi bek kiri.

Mungkin kerana sudah hilang sabar, bekas bek kiri England ini dikatakan telah bertengkar dengan Roberto Mancini di padang latihan atas sebab yang tak dapat dikenal pasti. Kejadian yang berlaku dihadapan kesemua pemain kesebelasan utama Man City ini telah membuatkan Bridge bertambah kecewa.

Pada musim panas lepas, Bridge mahu berpindah ke Newcastle manakala Man City pula hanya bersedia untuk menjual bek kiri tersebut kepada Celtic. Kesudahannya Bridge kekal bersama Man City.

Situasi dilihat bertambah buruk apabila Mancini mengkritik Bridge dalam kenyataan beliau semalam dengan mengatakan pemain itu gembira menerima gaji £90,000 seminggu walaupun tidak bermain.

Kini, Man City dikatakan bersedia untuk meminjamkan Bridge sementara Arsenal pula sedang mencari pengganti yang sesuai untuk bek kiri dan ianya hanya bergantung samada City mahu meminjamkan pemain mereka itu kepada kelab rival sahaja.

Sumber: The Mirror

Tagged:

1 comment:

  1. Tak kisah sapa2, Arsenal perlukan LB January Till end of the season.

    ReplyDelete