Tuesday, April 12, 2011

Menurut laporan Mirror Football, Robin van Persie telah naik angin terhadap Abou Diaby dalam bilik persalinan Arsenal sehingga mereka berdua terpaksa dileraikan oleh rakan sepasukan yang turut berada disitu. Punca pertelingkahan tersebut berlaku disebabkan pemain Perancis tersebut dilayangkan kad kuning kerana melambatkan perlawanan dengan menyepak jauh bola ketika sepakan percuma diberikan kepada Blackpool.

van Persie bengang
Van Persie difahamkan berasa sangat marah kerana bimbang pisang bakal berbuah dua kali seperti yang berlaku ketika menentang Newcastle tempoh hari. Pada perlawanan tersebut, Diaby dibuang padang akibat membalas kekasaran Joey Barton dan sejak itu bermulalah mimpi ngeri Arsenal yang pada awalnya sudah selesa dihadapan dengan empat gol. Nyata sekali van Persie tidak mahu tindakan bodoh seperti itu mengundang padah pada Arsenal.

Sementara itu, Cesc Fabregas seolah-olah memberi hint berkenaan masa depan beliau apabila membuat satu kenyataan menerusi akaun twitter sejurus kemenangan terhadap Blackpool pada Ahad lepas. Cesc dipetik berkata:
300 games for Arsenal today with a very important victory. I look back and I see so many great things. But I look at the future and I see even greater things. Thank you very much for making me feel so special all those years. Now I want more. Let’s fight untill the end!

Kenyataan "Now I want more" boleh ditafsirkan kepada dua maksud. Besar kemungkinan adalah beliau mahu lebih banyak kenangan bersama Arsenal yang turut bermaksud beliau akan terus kekal di Stadium Emirates. Kemungkinan yang lainnya, beliau sudah dapat banyak kenangan bersama Arsenal dan kini mahu lebih. Lebih kejayaan, bersama Barcelona mungkin? Maksud yang sebenar hanya Cesc sahaja yang tahu. Kita tunggu saja musim panas ni.

Reaksi anda:

Tagged:

3 comments:

  1. suka gandingan fabregas dan persie, harap mereka dapat bermain banyak game lagi

    ReplyDelete
  2. fabregas, rvp, nasri, theo... barisan depan dah mantap kalau semua fit..

    bahagian belakang ni je suka buat onar..

    ReplyDelete
  3. bahagian belakang kene kebal dan kental bro..,,tgk bahagian belakang MU dan chelsea

    ReplyDelete