Wednesday, April 6, 2011




Hancurnya hati semua gooners, begitulah jua hancur dan remuknya kereta Mercedes CL500 milik ketua pasukan kebanggaan kita, Cesc Fabregas. Mungkin begitu lah jua hancurnya hati ketua pasukan kita ini setelah gagal membantu pasukan untuk menjaringkan sebarang gol ketika bertemu pasukan Blackburn Rovers di Emirates, Sabtu lalu.

Walaupun begitu beliau tidak mengalami sebarang kecederaan akibat daripada kemalangan ini, dan diberikan cuti dan terpaksa pulang ke rumahnya di Hamstead dengan menggunakan teksi. Kemalangan ini terjadi semasa beliau dalam perjalanan ke tempat latihan di London Colney. Walaubagaimanapun, Cesc tidak memberikan sebarang komen berkenaan kemalangan tersebut. pihak polis yang menerima laporan juga mengesahkan tiada sebarang kecederaan yang berlaku sama ada kepada Cesc Fabregas atau pemilik kereta Audi A3 yang turut terbabit dalam kemalangan tersebut. 

Diharapkan beliau tidak patah semangat akibat kemalangan ini dan terus bersemangat untuk mengetuai pasukan dalam membenam cabaran Blackpool pada hujung minggu ini. Marilah kita sama-sama saksikan kebangkitan dan kemenangan besar Arsenal pada hujung minggu ini...Chaiyok Gunners!!!

Reaksi anda:

1 comment:

  1. seb bek kete 2..kalo kete kancil... hbs dah patah kaki....

    ReplyDelete