Friday, December 2, 2011


Pada tarikh hari ini lapan tahun yang lalu, Cesc Fabregas telah menjaringkan gol pertamanya buat Arsenal. Aku tahu pemergian bekas ketua pasukan kita ini ke Barcelona telah mencetuskan pelbagai reaksi dari para penyokong. Tak kira lah apa pendapat korang, bagi aku Fabregas dah bagi segalanya untuk Arsenal.

Fabregas belum capai tahap lagenda kerana beliau tidak dapat bawa Arsenal menang apa-apa kejuaraan. Namun, pada pendapat aku, komitmen yang Fabregas berikan dalam setiap perlawanan setanding lagenda kita Thierry Henry.

Cuma bezanya, Henry dikelilingi oleh pemain-pemain yang berkaliber seperti Jens Lehmann, Sol Campbell, Ashley Cole, Patrick Vieira, Gilberto Silva, Fredrik Ljunberg, Robert Pires dan Dennis Bergkamp yang turut sama menyumbang dalam zaman kegemilangan Arsenal. Sedangkan Fabregas ada siapa? Almunia & Fabianski yang tak konsisten, Walcott & van Persie yang selalu cedera, Arshavin yang hanya menyerlah musim pertama. Hanya boleh diharap Alex Song & Samir Nasri.

Cuba letak Henry ditempat Fabregas. Aku yakin beliau pun tak tahan dan tak dapat nak bawak Arsenal jadi juara. Henry pun tinggalkan Arsenal selepas rakan-rakan seangkatan beliau tak ada lagi bersama Arsenal. Begitu jugak lah situasi van Persie sekarang dimana beliau masih belum mahu tandatangan kontrak baru.

Van Persie mengambil sikap tunggu dan lihat. Beliau nak tengok apa tindakan Arsenal untuk kembalikan zaman kegemilangan, adakah Arsenal masih bercita-cita tinggi? Siapa bintang yang akan dibawa masuk? dan  dimanakah Arsenal berada setelah tamat musim ini. Van Persie sedar beliau perlukan sebuah pasukan seperti yang Henry ada dulu untuk bawa kejayaan pada Arsenal.

Walau apa pun tanggapan korang, aku yakin semangat dan rasa cinta pada Arsenal dalam hati Fabregas adalah setaraf dengan Henry dan begitu juga pada van Persie, jika beliau pun turut meninggalkan Stadium Emirates.

Fabregas pernah membuat kenyataan dalam akaun twitter:
People can h8 me 4 leaving or remember that i gave my all for the club. But me talking 1 bad word or saying smthng against AFC will not seen.

Tagged:

3 comments:

  1. memang fabregas adalah antara pemain terbaik arsenal

    ReplyDelete
  2. RVP pun belum memcapai taraf lagenda lagi.Nk tak nk kene dpat kejuaraan ape2 yg patut FA cup @ UCL..,kalau tak RVP akan jadi mcm Febegas,NAsri dah bole Out.

    ReplyDelete