Tuesday, August 9, 2011

Sejak Januari lagi Alex Chamberlain dikaitkan rapat dengan perpindahan ke Arsenal. Ada juga laporan yang mengatakan Arsenal sudah bersedia untuk dapatkan bintang muda Southampton itu dengan bayaran £10juta pada jendela perpindahan Januari, namun gagal apabila The Saints mahukan sekurang-kurangnya £12juta untuk bintang tersebut.


Kata sepakat akhirnya tercapai semalam apabila Arsenal bersertuju untuk membida Chamberlain dengan harga £15juta dimana Arsenal hanya membayar wang pendahuluan sebanyak £7juta dahulu dan selebihnya bergantung kepada pencapaian pemain tersebut.

Menurut artikel Jamie Sanderson, penulis YoungGuns Blog dan kolumnis Mirror Football, walaupun Alex Chamberlain mempunyai larian yang pantas, bermain diposisi sayap dan dari Southampton, beliau bukanlah klon kepada Theo Walcott.

Chamberlain dikatakan lebih sesuai bermain diposisi tengah dalam taktik 4-3-3 berbanding posisi wide yang selalu menjadi tempat Nasri, Arshavin dan Walcott. Ini kerana beliau mempunyai kemahiran yang sangat baik disamping mampu membuat hantaran short pass dan long pass dengan tepat.

Pemain yang akan berusia 18 tahun minggu depan ini juga mempunyai kekuatan fizikal yang bagus lantas membuatkan beliau tidak boleh dibuli oleh pemain lawan. Jika terlepas kawalan bola sekalipun, beliau sentiasa mempamerkan semangat dan kesungguhan untuk mengejar bagi mendapatkan kembali bola dari pihak lawan. Selain itu Chamberlain juga boleh menggelecek dengan sangat baik.

Dengan kebolehan yang ada pada Alex Chamberlain ini, Arsene Wenger mempunyai pilihan samada mahu meletakkan beliau pada posisi tengah dimana kekuatan fizikal, visi dan ketepatan hantaran menjadi kelebihan ataupun menggunakan aset kepantasan dan kelajuan di posisi wide.

Namun kita tidak boleh mengharapkan Alex Chamberlain memberikan impak serta merta memandangkan beliau masih muda dan perlu menyesuaikan diri dengan cara permainan Arsenal.

Pembelian ini dilihat menjadi langkah baik bagi mengetengahkan bakat pemain Inggeris yang dikatakan kentandusan pelapis. Kelab lain yang mengambil langkah yang sama pada musim ini adalah Man Utd yang mendapatkan Phil Jones dan Liverpool yang mendapatkan Jordan Henderson. Kedua-dua pemain ini dibeli dengan harga £16juta.

Arsene Wenger juga dikatakan sedang berusaha membawa masuk seorang lagi pemain pertahanan bagi memantapkan skuad Arsenal musim hadapan yang akan bermula minggu depan.  

Tagged: ,

0 comment(s):

Post a Comment