Monday, August 15, 2011

Lebih kurang jam 5 pagi tadi, Arsenal.com telah mengeluarkan kenyataan bahawa Arsenal telah menerima tawaran daripada Barcelona untuk mendapatkan ketua pasukan kita ini. 


Fabregas telah terbang ke Barcelona pagi tadi juga dan jika semuanya berjalan dengan lancar beliau akan disahkan sebagai pemain Arsenal petang ini. Harga perpindahan tidak diumumkan namun dijangkakan hanya dalam sekitar £34juta sahaja.

Berakhirnya tempoh 8 tahun bersama Arsenal, Fabregas menyumbangkan banyak jasa kepada kelab bolasepak ini. Secara jujur aku tak salahkan beliau sebab nak pindah ke Barcelona memandangkan Arsenal yang tak nampak begitu tinggi cita-citanya nak jadi juara.

Jika dibandingkan antara pasukan 'Big 4' atau 'Big 5' jika dikira dengan Man City, Arsenal nampak yang paling lemah jika dilihat dari skuad yang ada sekarang. Pada pendapat aku, Fabregas mungkin akan kekal untuk beberapa musim lagi jika Wenger berjaya yakinkan beliau dengan membina skuad yang mantap. Terutama sekali dengan pembelian pemain-pemain yang berkualiti.

Untuk itu ianya membawa kepada persoalan kenapa Wenger tak beli pemain-pemain yang mampu meningkatkan mutu permainan Arsenal? Bodoh sangatkah Wenger sampai tak tau macam mana nak selesaikan masalah ni? Atau ada masalah lain? Hanya beliau sahaja yang tahu.

Kita tak akan dapat lihat lagi pemain seperti Fabregas bermain untuk Arsenal. Begitu juga dengan Bergkamp, Pires ataupun Henry. Istilah 'New X' sebenarnya tidak boleh dipakai kerana seseorang pemain itu adalah dirinya sendiri dan ada gaya permainannya sendiri.

Terima kasih atas segalanya dan semua kini hanyalah tinggal kenangan. Sedih? sudah tentu tapi Arsenal haruslah terus maju. Makna kata maju tu adalah Arsene Wenger perlu cari pemain baru yang ada kualiti seperti Fabregas.

Ketika perlawanan pembukaan menentang Newcastle tempoh hari nampak jelas bahawa kita kekurangan idea dan kreativiti di bahagian tengah. Ramsey masih perlukan pengalaman manakala Rosicky pula, beliau bermain dengan baik tapi masih tak cukup untuk jadi playmaker terbaik. Kita perlukan bakat luarbiasa hebat seperti Fabregas.

Ok, cerita banyak tak guna. Pendek kata, pencarian pemain untuk gantikan Fabregas harus jadi keutamaan Arsenal sekarang. Kalau tak, memang pasukan ni selangkah kebelakang dari musim-musim sebelumnya.

Kepada sesiapa berjiwa sentimental, boleh lah layan video kat bawah ni.



0 comment(s):

Post a Comment