Tuesday, March 8, 2011

Sebuah badan yang menentukan peraturan permainan dalam bolasepak iaitu IFAB atau International Football Association Board telah menguatkuasakan larangan pemakaian skaf leher yang semakin menjadi fesyen ramai pemain bolasepak professional kala kini. Sebenarnya pemakaian skaf leher ini sudah lama diguna pakai oleh kebanyakan pemain bola sepak di Eropah seperti Gianluigi Buffon namun sejak Carlos Tevez dilihat memakainya sejak musim lepas, ianya menjadi semakin popular dikalangan pemain di Liga Perdana.

Skaf leher ini berfungsi seperti sarung tangan untuk mengelakkan dari kesejukan
Dalam persidangan mesyuarat tahunan yang dihadiri oleh FIFA, FA England, FA Scotland, FA Wales dan FA Ireland pada 5 Mac 2011, mereka memutuskan bahawa larangan ini akan berkuatkuasa pada 1 Julai 2011. Larangan ini dikenakan atas sebab-sebab keselamatan dimana pemakaian skaf dikatakan boleh mengundang bahaya kepada pemakainya.

Jurucakap FIFA dipetik berkata:
We want a debate over the snood and whether it could be dangerous. There may be a safety issue – if for example a player was running through on goal and an opponent grabbed his snood, that could pose a potential danger to his neck.

Tiada lagi pemanas leher untuk masa hadapan
Sebelum ini Arsene Wenger mempertahankan pemakaian skaf leher ini dengan alasan ianya atas tujuan perubatan dimana pemain mengalami masalah pada bahagian leher ketika cuaca sejuk. Sementara Alex Ferguson pula tidak lagi membenarkan pemain-pemain beliau memakai skaf leher. Antara pemain yang dilihat memakai skaf leher sebelum ini adalah Marouane Chamakh, Samir Nasri, Carlos Tevez, Yaya Toure, David Silva, Mario Balotelli, Pepe Reina, Wayne Routledge dan Maxi Rodriguez.


0 comment(s):

Post a Comment