Thursday, March 10, 2011

Memang telah dijangka tindakan akan diambil oleh pihak UEFA kepada Arsene Wenger dan Samir Nasri selepas kedua-kedua mereka ini mempertikaikan sekeras-kerasnya keputusan pengadil Massimo Busacca yang secara kontroversi melayangkan kad kuning kepada Robin van Persie. Dalam aduan kepada UEFA, Busacca telah mengadu bahawa Wenger dan Nasri menggunakan perkataan-F secara agresif.

Difahamkan Wenger telah memberitahu Busacca bahawa keputusan pengadil itu adalah sangat memalukan dengan menggunakan perkataan 'fucking disgrace'. Namun begitu, ada saksi mengatakan Busacca turut membalas kembali dengan menggunakan perkataan-F dan menuding jari kearah muka Wenger. Seperti yang dilaporkan Daily Express, saksi tersebut berkata:
The referee gave as good as he got. It was amazing and both men were shouting at each other and both men swore.

Kalau begitu, nampaknya adalah tidak adil jika Busacca terlepas dari sebarang tindakan oleh UEFA. Memang benar pengadil banyak menerima tekanan dari pengurus, pemain dan penyokong, namun mereka harus bersikap professional dan lebih tenang mengawal keadaan.

Sebenarnya Massimo Busacca ni memang dikenali seorang pengadil yang penuh kontroversi. Pada tahun 2009, beliau digantung Swiss FA dari mengadili 3 perlawanan selepas menunjukkan jari tengah kepada penyokong kelab liga bawahan Switzerland, FC Baden. Dalam kejadian tersebut, Busacca tidak dapat mengawal perasaan beliau selepas menerima provokasi penyokong FC Baden yang berlari ke padang sejurus pasukan kelab liga bawahan tersebut menjaringkan gol.

Fuck you Busacca!
Busacca telah meminta maaf diatas kejadian tersebut namun tidak lama selepas itu beliau sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila ada rakaman video memaparkan beliau dengan selambanya kencing ditengah padang sewaktu mengadili perlawanan diantara Al-Gharafa dan Al-Khor di Qatar. Sungguh selekeh pengadil ini. Saksikanlah perangai sakai pengadil ini dibawah. Kalau anda boleh nampak pancutan air kencing Busacca, maka anda adalah seorang yang hebat.


Reaksi anda:

Tagged:

2 comments:

  1. gampang r reff nie..uefa pon sama 2x5 dgn reff nie..sume dengki dan nak menjatuhkan arsenal...siot!!!!

    ReplyDelete