Friday, March 18, 2011




"Bagai sirih pulang ke gagang", begitulah perumpamaan yang boleh ditafsirkan ke atas kepulangan Jens Lehman walaupun hanya menandatangani kontrak bulanan. Diharapkan kepulangan serta keputusan beliau untuk menyarung kembali sarung tangan bagi mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Fabianski, Szczesny dan Manonne akibat kecederaan panjang. Pengalaman serta kredibiliti beliau sebagai seorang penjaga gol yang boleh dikatakan sebagai seorang lagenda Arsenal, seharusnya memberikan semangat kepada anak2 muda Arsenal yang dahagakan kemenangan dan kejayaan.

Pengalaman luas beliau serta ketegasan beliau dalam memberikan arahan seharusnya digunakan sepenuhnya oleh setiap pemain muda arsenal yang lain supaya tidak kehilangan fokus dalam baki perlawanan untuk memastikan pasukan kebanggaan kita, Arsenal menjuarai English Premier League seterusnya mengakhiri badi 6 musim tanpa sebarang kejuaraan.

Mari kita sama-sama memberikan peluang dan ruang kepada beliau untuk membuktikan bahawa beliau masih lagi yang terbaik. chaiyok Gunners!!!

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment