Thursday, December 1, 2011


Arsene Wenger dikatakan telah bersedia membelanjakan sebanyak £30juta bagi mendapatkan bintang muda Dortmund ini pada Januari depan. Tindakan Wenger ini adalah bagi meyakinkan Robin van Persie bahawa Arsenal masih bercita-cita tinggi dan berharap agar kapten kita yang kontraknya akan berakhir lagi 18 bulan ini kekal bersama the Gunners.

Minggu lepas, Dortmund menegaskan bahawa mereka tidak akan menjual Goetze pada Januari depan. Ini kerana mereka tahu buat masa ini hanya Arsenal sahaja yang berminat untuk mendapatkan Goetze memandangkan kelab-kelab besar lain tidak berminat untuk dapatkan pemain yang sudah terikat dari bermain dalam Liga Juara-juara Eropah.

Ketika inilah peluang Arsenal untuk dapatkan Goetze lebih cerah kerana tidak perlu bersaing dengan kelab elit lain seperti Real Madrid dan Bayern Munich. Oleh yang demikian, Wenger sedang berusaha sedaya upaya membawa pemain kreatif ini ke Stadium Emirates dan bersedia untuk keluarkan £30juta berikutan Dortmund pernah mengeluarkan kenyataan yang mereka hanya akan melepaskan bintang muda mereka itu dengan harga tersebut.

Sepanjang 15 tahun menguruskan Arsenal, Arsene Wenger masih belum pernah berbelanja melebihi £20juta untuk seseorang pemain. Rekod perpindahan pemain termahal Arsenal buat masa ini adalah £15juta ketika dapatkan Andrey Arshavin dari Zenit St Petersburg pada 2009.

Jika kehadiran Goetze jadi kenyataan, ianya boleh menandakan juga berakhirnya karier Arshavin bersama Arsenal yang mana ketika ini pun beliau hanya sering digunakan sebagai pemain gantian.

Sumber: The Mirror

Tagged: , ,

0 comment(s):

Post a Comment