Thursday, July 7, 2011

Ya, alangkah bagusnya kalau betul tapi realitinya cerita ini nampak mengarut je lebih. Oleh kerana tengah rajin nak menulis maka aku ceritakan la jugak khabar angin ni. Menurut laporan, Wenger kini bersedia untuk berbelanja besar dengan menawarkan  £27juta kepada Real Madrid.

Mimpi je lah kalau Benzema sertai Arsenal
Sebelum ini presiden Real, Florintino Perez dan penasihat, Zinedine Zidane mahukan Benzema kekal di Santiago Bernabeu. Malah ejen kepada Benzema juga mengeluarkan kenyataan bahawa bekas pemain Lyon itu takkan kemana-mana. 

Benzema jarang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Real Madrid musim lepas setelah mengalami masalah kecederaan. Oleh itu, Jose Mourinho dikatakan mahu menjual Benzema bagi mengumpul wang dalam misi mendapatkan penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero yang dilihat calon sesuai bagi menggantikan beliau yang sukar kembalikan form asal.

Tindakan membida pemain bertaraf bintang seperti Benzema ini dilihat salah satu cara Wenger bagi meyakinkan Fabregas dan Nasri untuk kekal dimana Arsenal serius dalam usaha mengembalikan zaman kegemilangan yang dah enam tahun malap ini.

Jadi macam mana? Korang percaya ke? Haha.

Bagi aku ini adalah Mustahil sebab:
1. Wenger tak mungkin akan berbelanja £27 juta untuk seorang pemain
2. Nak ke Benzema sertai Arsenal yang kurang pemain bertaraf bintang?
3. Boleh ke Arsenal bayar gaji yang tinggi sama yang Benzema dapat kat Real Madrid? Nak bayar gaji Nasri lebih sket pun tak boleh.

Aku berani jamin lah semua ni mengarut je. Tapi, kalau lah Benzema akhirnya betul-betul sertai Arsenal, aku janji akan post entri sekurang-kurangnya tiga kali dalam satu hari. Haha.

Sumber: The Mail

Tagged:

4 comments:

  1. ak y bab mustahil 1 dan 2 itu aku rasa kalo wenger seyes nak bawak plyer star dlm pasukan..ak rse wenger akan bli benzema 2..lbh2 lg perancis...tp bila masuk y 3 tu ak rse wenger xkan bli pon plyer star sbb gaji nasri pon wenger xnk upkan...ni pulak nk bli plyer star...hihihihii

    ReplyDelete
  2. nak salahkan wenger ka?

    i think Board yang perlu dipersalahkan kalau tak naikkan gaji diorang?

    1st thing, wenger tak jaga gaji diorang. dia boleh rekemen saja.

    ex: Korang nak blah, sbb nak naik gaji, then your boss rekemen kat CEO/Finance/HR.. tapi gang2 atasan ni tak approve, Jadi korang pun blah..

    Same situation here.

    Yes wenger memang Dream nak star, tapi warga atasan tak approve. jadi.. korang faham faham je la.

    Alvarez pun tak dapat nak upkan price, apatah lagi benzema

    bab kata pepatah David Teo

    "Bukan Janji Tapi Pasti"

    ReplyDelete
  3. agreed with Alkisah..

    board tak kasi jadi.. ape pun tak bleh!

    ReplyDelete
  4. 27 juta.,,ape la sgt.,,tak de star kat arsenal..,arsenal perlukan pemain cam nie..,baru mantap berganding dgn v persie..,untung satiap tahun ..,duit dah semakin banyak beli je la star 1 atau 2 player.,,.baru ade persaingan dengan Man City chelsea dan Man U..,,ini ntah ape2 la arsenal beli asal boleh je..,

    ReplyDelete