Hasrat Arsene Wenger untuk mencuba teknologi garisan gol dalam Emirates Cup hujung minggu ini tidak kesampaian apabila tidak dibenarkan oleh FIFA atas alasan ianya terlalu awal untuk diguna pakai. Bagi Wenger, Emirates Cup adalah acara yang sesuai bagi mencuba teknologi ini yang mana beliau sudah lama memberikan sokongan terhadapnya.
Sebelum ini presiden FIFA, Sepp Blater dengan tegas menentang inovasi ini dan berkeras menyatakan pengadil dan penjaga garisan adalah cara yang sesuai bagi mengetahui bola sudah melepasi garisan ataupun tidak. Namun selepas insiden dimana gol Frank Lampard tidak dikira ketika England menentang Jerman dalam Piala Dunia lepas, Blatter terpaksa mempertimbangkan pendirian beliau.
Sehubungan dengan itu, sembilan sistem yang berlainan, semuanya dari Eropah, akan diuji diantara September hingga Disember tahun ini oleh The Swiss Federal Laboratories for Materials Science and Technology. FIFA dikatakan akan mengkaji keputusan ujian pada Mac tahun depan dan akan membuat kajian saringan kedua untuk sistem yang terbaik.
Pihak Barclays Premier League mendedahkan pada minggu lepas bahawa mereka juga sedang mengkaji kemungkinan untuk membawa teknologi ini ke Liga Perdana seawal musim 2012-13 setelah FIFA dilihat semakin terbuka dengan cadangan ini.
Menurut Wenger, perkembangan ini adalah positif dan beliau menjangkakan teknologi ini akan diguna pakai dalam Piala Dunia di Brazil tiga tahun akan datang. Kalau boleh beliau juga mahu teknologi ini dipakai bukan sahaja untuk menentukan keputusan garisan gol, malah lebih dari itu.
Beliau dipetik berkata:
You know it could be a help for the referees. The more help they get, the more decisions they get right. If out of 100 decisions they get 95 right instead of 85, you have to use technology. And I would like to use it for more than goal-line decisions, but it’s a first step.
Laporan: The Mail
The Best Way To Make Pearl Barley
ReplyDeleteMy web page ... legal leads
Here is my website - lawyer search engine optimization