Tuesday, July 26, 2011

Jay Emmanuel-Thomas dilaporkan akan sertai Ipswich Town dalam masa 24 jam bergantung kepada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan. Pada awalnya, Arsenal turut menerima bidaan dari pesaing Ipswich iaitu Burnley, namun JET tidak berminat untuk berbincang dengan mereka.


Pemain berusia 20 tahun ini memilih jalan keluar setelah Arsene Wenger mengesahkan beliau tidak akan terlibat dalam kesebelasan Arsenal musim akan datang.

Satu ketika dulu aku pernah jugak ikut perkembangan JET. Beliau mempunyai susuk tubuh yang sasa dan tinggi - ciri-ciri yang aku rasakan perlu ada dalam pasukan kita. Tambahan pula JET adalah seorang penyerang, maka ianya sangat berguna untuk menandingi pemain-pemain pertahanan kental pasukan lawan.

Dalam pasukan simpanan Arsenal, JET sangat menyerlah. Beliau banyak menjaringkan gol dan mudah mendominasi kawasan pertahanan lawan. Bukan taraf beliau untuk bermain dalam pasukan simpanan. Oleh yang demikian Arsene Wenger telah meminjamkan JET kepada Cardiff City bagi memberi peluang kepada beliau beraksi secara kerap.

Sayangnya, ketika bersama Cardiff, persembahan JET tidak menyerlah dan mendatangkan tanda tanya samada beliau mampu untuk beraksi dengan baik dalam Liga Perdana. Ramai yang berpendapat JET terlalu bagus untuk bermain dalam pasukan simpanan tetapi masih belum mencapai tahap yang memuaskan untuk bermain dalam kesebelasan utama.

Jika segalanya berjalan dengan lancar, Ipswich Town akan membayar yuran perpindahan sebanyak £1.1juta kepada Arsenal.

Laporan: Young Guns

0 comment(s):

Post a Comment