Lansbury nak kekal |
Hari ni sangat bosan. Tak ada berita menarik tentang Arsenal yang nak diceritakan. Balik-balik pasal Fabregas nak pergi Barcelona, Nasri dengan kontraknya, nak bida Juan Mata dan tak ketinggalan tawaran rendah untuk Alex Chamberlain. Serius dah bosan. Nasib baiklah kat ofis, kalau tak memang aku tido dah time hujan-hujan camni.
Nasib baiklah ada jugak cerita lain daripada yang lain yang aku jumpa. Itu pun dari The Sun. Walaupun sumber beritanya banyak yang tak boleh percaya, korang hadapkan jelah ya. Dah taktau nak cerita apa lagi dah.
The Sun melaporkan pengurus skuad kenari, Paul Lambert bersedia membida sebanyak £2 juta untuk membawa Henri Lansbury ke Norwich City. Namun, pemain berusia 20 tahun itu masih ingin kekal bersama Arsenal dan mungkin akan hanya dipinjamkan jika beliau menandatangani kontrak baru.
Pada musim lepas, memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada Norwich sehingga mereka layak ke Liga Perdana musim ni. Jadi jika Lansbury sekali lagi ke Norwich pada musim ni ada bagusnya juga kerana kali dia akan dapat banyak pengalaman bermain dalam Liga Perdana. Ini adalah peluang terbaiknya untuk buktikan kepada Wenger bahawa dia memang layak dan sudah bersedia untuk bermain dalam Liga Perdana.
Sementara itu, Patrick Vieira dikatakan akan menolak tawaran Wenger bagi menjadi jurulatih Arsenal dan sebaliknya menyertai Roberto Mancini yang juga mahukan beliau menjadi jurulatih separuh masa di Man City. Kalau lah benar, tak ada apa nak dihairankan kenapa pemain berstatus lagenda ini sanggup bekerja dibawah Mancini berbanding Wenger.. mestilah sebab £££!!
0 comment(s):
Post a Comment