Monday, April 18, 2011

Nampaknya kemarau piala seakan berterusan untuk satu musim lagi. Man Utd kini berada dipuncak dengan perbezaan 6 mata meninggalkan Arsenal dibelakang. Begitu juga perbezaan gol turut menyaksikan United lebih dengan 6 gol. Keputusan semalam memang menyakitkan hati tapi aku macam dah immune dengan semua ni dan rasa kecewa sangat-sangat tu takde pun terasa sangat setelah kejadian yang hampir sama terjadi sepanjang musim ni.

Pada pemerhatian aku untuk perlawanan semalam, Arsenal mengawal permainan dengan baik tapi sayang peluang untuk jaringkan gol tak banyak yang berjaya dicipta. Macam tak biasa pulak kan? Disamping tu, tak dinafikan nasib kurang baik apabila tandukan Koscielny terkena palang dan peluang keemasan one-on-one van Persie yang gagal disempurnakan dengan baik.

Aku dah malas nak komen lebih tapi dah beberapa kali kita dapat tengok pasukan ini buat sesuatu yang mustahil jadi kenyataan. Ambik contoh perlawanan menentang Spurs dan Newcastle. Separuh masa pertama bukan main lagi, tapi hancus pada separuh masa kedua. Kemudian, Carling Cup final lawan Birmingham, kesilapan diminit-minit akhir meranapkan impian untuk bawa piala pertama ke Stadium Emirates. Yang terbaru semalam, barisan pertahanan gagal mengawal bola disaat-saat akhir, yang membawa kepada kesilapan Eboue menjatuhkan Lucas Leiva.

Berapa kali dah Arsenal bolos diminit-minit akhir? Pada perlawanan semalam, nak bertahan kurang dari satu minit pun tak boleh. Diorang ni patut belajar main taktik sangkar burung. Szczesny adalah penjaga gol yang bagus tapi tak cukup pengalaman. Beliau sepatutnya membuat balingan kearah pemain pertahanan supaya Arsenal terus dapat mengawal bola. Sepakan ketengah berjaya dirampas oleh pemain Liverpool dan terus kelam kabut jadinya pertahanan kita. Si Eboue pulak, tindakan beliau seperti menolak Lucas adalah tidak perlu kerana ini memberikan peluang pemain itu mencuba nasib untuk menjatuhkan diri dalam kotak penalti.

Walaupun agak tidak adil untuk salahkan Eboue semata-mata tapi aku tetap tak puas hati jugak dengan mamat ni.







Tagged: ,

2 comments:

  1. haha...tu la..yg pelik bleh kalah dgn birmingham..aduii.. xpe2.. skuad arsenal mmg muda2 so pengalaman pn kurang.. heehe

    sy peminat tegar arsenal! yeah!

    blablablinkblink.blogspot.com

    ReplyDelete