Tuesday, May 31, 2011

Pada entri sebelum ni lagi aku dah nyatakan berkenaan temubual Wenger dengan stesen radio RTL tapi ianya lebih tertumpu kepada isu kontrak Nasri. Kali ini aku terjumpa sumber dari Ashburton Grove yang mana turut melaporkan perkara-perkara lain yang diperkatakan oleh Wenger dalam temubual tersebut.


Diantara perkara lain yang diperkatakan oleh Wenger termasuklah melahirkan rasa kekecewaan beliau apabila ditanyakan pendapat beliau berkenaan musim 2010/11 Arsenal. Beliau tidak menafikan bahawa pasukan ini perlukan kematangan. Ini dapat dilihat apabila pada satu tahap Arsenal boleh memenangi kesemua trofi, tetapi segalanya musnah satu persatu berikutan kekurangan karakter pada setiap pemain.

Apabila ditanya berkenaan kemungkinan pembelian yang akan dilakukan, Wenger menegaskan bahawa beliau hanya akan menambah apa yang perlu sahaja dan sudah semestinya ianya tertumpu kepada barisan pertahanan. Wenger memberi hint pemain barisan pertahanan yang akan dibeli adalah pemain berbangsa Inggeris ataupun pemain yang mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Liga Perdana. Kemungkinan yang dimaksudkan adalah beliau akan membeli pemain pertahanan dari pasukan Inggeris yang lain ataupun pemain yang pernah bermain dalam Liga Perdana. Ini kerana Arsenal banyak hilang mata menentang pasukan yang bermain cara Inggeris yang mana dengan hantaran jauh dan kelebihan fizikal.

Sementara berkenaan kemungkinan pemergian Cesc Fabregas dari Stadium Emirates, Wenger dipetik berkata:
Fabregas will not go this summer. Last summer, Barcelone made offers, but on this one, there is no offers at all. He's the best midfielder in the world, we built the team with him around him. He's our captain, we want to keep him at any cost.

Wenger juga menolak khabar angin yang mengatakan Arsenal berminat untuk mendapatkan khidmat Karim Benzema dengan menerangkan bahawa Real Madrid tidak akan menjual penyerang tersebut. Ini dikuatkan lagi dengan pengaruh Zinedine Zidane yang akan memastikan pemain itu akan kekal di Madrid.

Berkenaan falsafah beliau untuk musim hadapan, Wenger berkata:
Only world class players can reinforce our team, because we already have a world-class quality football. The target is to keep our qualities, strengthen them and get rid of our weaknesses. We still have to improve offensively, because we are an offensive team. There are people who ask me to change our way to play, but I think we have to keep going with this style of play.

Selain itu, Wenger turut menyatakan rancangan beliau untuk menghabiskan cuti musim panas kali ini di Amerika Latin sambil mencari prospek pemain baru dari benua tersebut.

Tagged:

2 comments:

  1. alhamdulillah.... wenger nak beli defend ke?? baguslah.. patik rasa pyerang dah okey... cuma kena ubah taktik 4-4-2... camak dan van dah bgus dah...

    ReplyDelete