Monday, May 2, 2011


Seperti yang aku dah ceritakan pada Disember lalu, ternyata gambar yang tersebar dalam internet waktu itu adalah jersi Arsenal musim hadapan. Bagi aku jersi ni ok jer cuma logo tu nampak macam besar gabak sikit.

Apa yang anda patut tahu tentang logo tersebut adalah:
  • Ianya bersempena ulang tahun penubuhan ke-125 tahun kelab yang dulunya dikenali The Royal Arsenal.
  • Kedua-dua belah daun pada logo tersebut tidak sama.
  • 15 keping daun 'laurel' disebelah kiri melambangkan bahagian belakang duit syiling 6 pence yang dibayar oleh 15 orang untuk menubuhkan kelab.
  • Daun 'laurel' tersebut turut melambangkan kekuatan.
  • 15 keping daun 'oak' disebelah kanan melambangkan kesemua 15 pengasas pada waktu dulu bertemu di pub Royal Oak.
  • Moto 'Forward' pada bahagian bawah logo tersebut adalah yang terawal direkodkan sebelum ini. 

Tagged:

3 comments:

  1. walaupun warna dan corak lebih kurang jer...tapi aku rasa lawa kot..logo 2 nampak menarik walaupun bsr..pe2 pon hope away buh warna lak tang logo 2...

    ReplyDelete