Tuesday, August 31, 2010

Armand Traore yang telah diberi lampu hijau oleh Arsene Wenger untuk berpindah ke kelab lain setelah beliau menjadi pilihan ketiga dibelakang Clichy dan Gibbs dikatakan menjadi buruan Juventus, Birmingham City dan juga West Ham. Namun begitu hanya Juventus yang sedang mencari pengganti Fabio Grosso, mengesahkan...

Monday, August 30, 2010

Jack Wilshere telah ditahan polis pada awal pagi Ahad kerana dikatakan terlibat dalam satu pergaduhan. Walau bagaimanapun beliau telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangan beliau diambil. Menurut jurucakap pemain berusia 18 tahun itu, Wasserman Media Group menegaskan dalam satu kenyataan bahawa...

Sunday, August 29, 2010

Stoke City telah membuat aduan kepada FA England dan Premier League terhadap kenyataan Arsene Wenger yang sebelum ini menggambarkan mereka sebuah pasukan ragbi. Pengurus pasukan Tony Pulis berasa sangat marah dengan kenyataan yang dirasakan menghina ketua pasukan Stoke, Ryan Shawcross. Wenger dikatakan telah...
Saksikan highlights perlawanan semalam selama lebih kurang 15 minit. Enjo...
Arsenal pulang dengan tiga mata penuh setelah berjaya menewaskan Blackburn ditempat sendiri pada perlawanan yang sangat mendebarkan mendebarkan. Kemenangan tipis ini adalah hasil kerja keras anak-anak buah Arsene Wenger yang memberikan tentangan hebat kepada pasukan yang mempunyai kelebihan dari segi fizikal...

Saturday, August 28, 2010

Menjelang perlawanan diantara Blackburn menentang Arsenal petang ini, Arsene Wenger telah menyatakan bahawa bolasepak harus dihalang daripada menjadi seperti ragbi. Beliau mengkritik taktik Blackburn yang menghalang penjaga gol, Lukasz Fabianski yang cuba menyelamatkan bola ketika Arsenal tewas di Ewood Park...
Mail Online telah melaporkan Arsenal akan beralih kepada sasaran baru iaitu Mickael Landreau yang bermain untuk kelab Lille di Ligue 1 namun dalam pada masa yang sama masih belum berputus asa untuk mendapatkan Mark Schwarzer yang sudah lama dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates. Ini dilihat sebagai...
Pep Guardiola sendiri akui Gerrard Pique memang terencat otak. Lihat saja reaksi beliau apabila menjawab soalan wartawan dalam satu sidang akhbar tidak lama dul...

Friday, August 27, 2010

Arsenal akan berdepan dengan pasukan Shakhtar Donetsk, Sporting Braga dan Partizan Belgrade hasil daripada cabutan bertuah yang meletakkan mereka di dalam kumpulan H. Laluan Arsenal untuk layak ke pusingan seterusnya nampak mudah dan ianya amat mengaibkan jika anak-anak buah Arsene Wenger gagal untuk berbuat...

Thursday, August 26, 2010

Dalam sidang akhbar bersama wartawan sebentar tadi, Arsene Wenger akhirnya mengesahkan Sebastien Squillaci menjadi pemain terbaru yang dibawa masuk menyertai skuad the Gunners musim ini. Beliau dijangka akan memulakan latihan bersama rakan sepasukan yang lain esok pagi namun disahkan tidak akan diturunkan pada...
Kemungkinan dua seteru lama ini bakal bertemu sekali lagi dalam kempen Liga Juara-juara Eropah musim ini adalah tidak mustahil. The Sun UK hari ini menghangatkan suasana bersempena cabutan penentuan peringkat kumpulan pada malam ini dengan melaporkan kemungkinan Arsenal dan Real Madrid bakal berada dalam...
Oleh kerana tiada berita nak dikhabarkan buat masa ini, aku nak kongsikan artikel menarik tentang Koscielny yang diterbitkan oleh Goal.com. Okay, aku tau Goal.com adalah sumber yang selalunya tak boleh pakai namun artikel yang akan aku kongsikan ini agak menarik kerana ia membincangkan gaya permainan bekas pemain...

Wednesday, August 25, 2010

Kehilangan Sebastian Squillaci kini menjadi tanda tanya. Beliau telah dikatakan terbang ke London dua hari yang lalu untuk menjalani ujian perubatan. Namun sehingga kini masih tiada berita berkenaan beliau. Ada khabar angin mengatakan pakar perubatan Arsenal telah menjalankan ujian lanjutan untuk memastikan...
Mail Online telah menyiarkan kenyataan bekas pengurus Chelsea, Jose Mourinho mengenai pendapat beliau tentang pasukan manakah yang bakal memberi saingan dalam merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Pada pendapat beliau, Arsenal masih belum cukup bagus jika nak dibandingkan dengan Chelsea, Man Utd dan Man City...

Tuesday, August 24, 2010

Setelah kejayaan menjaringkan hat-trick pada perlawanan liga menentang Blackpool tempoh hari, Theo Walcott kini menjadi buah mulut ramai tidak kira dikalangan peminat, media dan juga penulis blog. Walcott mempamerkan aksi yang cemerlang dan boleh dikatakan ianya persembahan yang terbaik beliau sepanjang karier...

Monday, August 23, 2010

Sevilla telah mengumumkan di dalam laman web rasmi mereka sevillafc.es bahawa Sebastien Squillaci kini telah berlepas ke London untuk menjalani ujian perubatan di Stadium Emirates setelah kedua-dua kelab telah mencapai kata sepakat dalam perjanjian perpindahan ini. Khabar angin mengatakan Arsenal telah bersetuju...

Sunday, August 22, 2010

Highlights perlawanan semalam selama 16 minit. Macam biasa, kalau tak boleh play, sila update adobe flash anda. Kalau tak boleh jugak, maknanya internet anda tu lembab. Hah...
Seperti yang dijangka, Cesc Fabregas dan Robin van Persie tidak diturunkan dalam kesebelasan utama. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka ini disenaraikan sebagai pemain gantian. Alex Song pula diturunkan sebagai pertahanan tengah. Sementara Emmanuel Eboue tidak tersenarai dalam kesebelasan utama kali ini bagi...

Saturday, August 21, 2010

Perlawanan pertama musim ini di Stadium Emirates bakal menyaksikan the Gunners berentap menentang Blackpool yang baru layak bermain di dalam Liga Perdana. Walaupun Arsenal dijangka tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk mengutip mata penuh, kemampuan pasukan Blackpool tidak haruslah diperkecilkan. Pada...
The Sun UK melaporkan, Ian Holloway telah memuji Arsene Wenger sebagai seorang  yang genius dalam bolasepak. Beliau juga menyatakan hasrat untuk bertemu dan berbual mesra dengan Wenger ketika bertandang ke Stadium Emirates nanti. Holloway berharap agar kenalan beliau iaitu Steve Rowley yang juga ketua scout...
Benfica telah menamatkan perbincangan dengan  Arsenal untuk mendapatkan Armand Traore. Pemain bek kiri itu gagal mendapat kata sepakat dalam perjanjian peribadi yang ditawarkan oleh Benfica walaupun beliau sebelum ini mengakui sangat teruja untuk menyertai kelab liga Portugis tersebut. Traore telah menjalani...

Friday, August 20, 2010

Sevilla memberi amaran kepada Arsenal bahawa mereka tidak akan melepaskan Sebastien Squillaci dengan harga yang murah. Mereka dipercayai inginkan wang perpindahan sebanyak £6.5 juta untuk pemain tersebut, namun nampaknya tawaran Arsenal masih belum menyamai nilai yang diminta. Menurut laporan Mirror Football,...

Thursday, August 19, 2010

Arsene Wenger kini dikatakan sedang mengalih perhatian beliau kepada pemain kebangsaan Perancis, Sebastien Squillaci sebagai langkah untuk memperkuatkan barisan pertahanan Arsenal terutama sekali dibahagian tengah setelah beberapa pemain pertahanan yang dikaitkan dengan perpindahan ke Stadium Emirates sebelum...