Friday, August 6, 2010

Oleh kerana masih tiada pemain yang dibawa masuk oleh Arsene Wenger ketika ini, seorang lagi nama yang tidak asing bagi kita dikaitkan kembali dengan Arsenal. Caughtoffside melaporkan, Phillipe Mexes yang berumur 28 tahun dan mewakili AS Roma dikatakan bakal dibawa ke Stadium Emirates sebagai jalan penyelesaian masalah pertahanan Arsenal.

Wenger dikatakan sudah lama berminat untuk membawa Mexes ke Stadium Emirates
Pemain yang diangarkan bernilai £9 juta itu adalah pilihan yang ideal berdasarkan pengalaman beliau yang luas di Serie A. Mexes yang dibeli dari kelab Auxerre telah berada di Italy selama enam musim bersama AS Roma. Beliau kini dikatakan sedang menuju jalan keluar dari Stadio Olimpico setelah diketepikan oleh Claudio Ranieri pada persaingan untuk merebut kejuaraan liga musim lepas dimana beliau hanya bermain dalam kesebelasan utama AS Roma sebanyak 16 kali sahaja.

Ramai yang percaya Mexes bakal berpindah ke kelab lain memandangkan kontrak beliau bersama AS Roma bakal tamat pada penghujung musim depan dan menurut sesetengah sumber beliau akan beralih ke England atau Sepanyol bagi mencari cabaran baru. Mexes berharap cabaran baru ini dapat mengembalikan karier antarabangsa beliau yang telah lama pudar.

Meskipun dipanggil oleh Laurent Blanc, terutama sekali disebabkan ramai yang mewakili France pada Piala Dunia lepas digantung dari bermain, beliau hanya membuat penampilan sebanyak 13 kali sejak 2002.

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment