Tuesday, January 31, 2012


Arsene Wenger dilaporkan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat bintang muda Borussia Dortmund iaitu Thomas Eisfeld. Pemain berusia 19 tahun ini sudah berada di London bersama ejen beliau, Reza Fazeli sejak semalam lagi bagi menjalani ujian perubatan.

Arsenal hanya perlu membayar wang pampasan sebanyak £420,000 berikutan kontrak Eisfeld tamat pada musim panas akan datang.

Bermain di posisi tengah dah bertindak sebagai playmaker dalam pasukan Dortmund bawah 19 tahun, Eisfeld menjaringkan 6 gol dalam 12 penampilan pada musim ini.

Menurut pemilik YoungGunsBlog, Jamie Sanderson, Eisfeld dijangka akan memulakan karier beliau bersama skuad simpanan, namun akan berlatih sepenuh masa bersama pemain skuad utama.

Eisfeld dijangka akan menyinar pada masa hadapan, akan tetapi beliau mempunyai sejarah kecederaan serius dimana ligamen beliau pernah terkoyak pada tahun 2009.

Sumber: The Mail

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment