Thursday, January 19, 2012


Ini adalah gambar seorang penyokong Arsenal yang kini telah berjaya merealisasikan impian bermain untuk kelab yang disokong sejak zaman kanak-kanak lagi. Siapakah beliau?


Ya, beliau adalah Per Mertasacker. Gambar ini dimuat naik kedalam akaun rasmi Facebook Mertascker semalam. Menurut beliau, gambar ini diambil ketika berusia 11 tahun.

Ketika mula menyertai Arsenal pada bulan Ogos tahun lepas, Mertasacker ada menyatakan keterujaan beliau dapat bermain untuk the Gunners, salah satu kelab yang disokongnya sejak kecil.

Mertesacker dipetik berkata:
When I was young and visited England with my auntie, as somebody who was football crazy, I simply had to come back with a shirt.

Tambah beliau lagi:
I can’t remember why, but I came back with an Arsenal shirt and my brother had a Manchester United one. This affinity has grown over more than 10 years and now the loop closes because I am delighted to finally get to play at a team I always supported and where I always wanted to appear eventually.

Pada masa tu, aku tak percaya sangat sebab sape-sape pun boleh mengaku sokong dari zaman dulu lagi. Mentang-mentanglah dah join Arsenal. Bagi aku kenyataan macam ni saja dibuat-buat untuk menangkan hati peminat.

Dengan adanya gambar ni, ternyata sekali tanggapan aku salah. Per Mertesacker memang dah lama sokong Arsenal. Begitu juga dengan van Persie.

0 comment(s):

Post a Comment