Monday, June 20, 2011

Bidaan Arsenal untuk mendapatkan Chris Samba bermasalah apabila Blackburn inginkan sekurang-kurangnya £12 juta untuk melepaskan pemain pertahanan berumur 27 tahun tersebut. Ini disebabkan tertulisnya didalam kontrak ketika Blackburn mendapatkan Samba dari Hertha Berlin bahawa kelab Jerman itu akan mendapat 15% daripada hasil penjualan beliau.

Samba dilahirkan di Perancis tetapi memilih untuk mewakili Congo
Blackburn yang berjaya mendapatkan khidmat Samba dari Hertha pada tahun 2007 dengan bayaran perpindahan hanya £450,000 memang tidak mahu melepaskan pemain pertahan bertubuh sasa ini dan kalau boleh mereka mahu Samba kekal sekurang-kuranya satu musim lagi. Namun, pada awal bulan ini Samba sendiri pernah menyatakan hasrat untuk bermain bersama Arsenal.

Seperti yang kita semua ketahui, Arsene Wenger memang sangat berkira berkenaan bayaran perpindahan pemain dan kalau boleh beliau mahukan bayaran yang paling minima bagi mengimbangi ekonomi Arsenal yang masih dibebani hutang pembinaan Stadium Emirates.

Sebelum ini Arsenal diberitakan sudah bersedia untuk membelanjakan £9 juta untuk Samba namun kini perpindahan ini dijangka akan sukar untuk direalisasikan ditambah pula musuh tradisi, Spurs dilaporkan turut berminat membawa pemain kebangsaan Congo ini ke London Utara.

Ini adalah bidaan kedua yang bermasalah buat Arsenal apabila Arsene Wenger juga dikatakan sukar untuk mendapat kata sepakat dengan Southampton berhubung dengan bayaran perpindahan Alex Chamberlain sebelum ini.

Sehingga ke waktu ini, hanya Carl Jenkinson diumumkan sebagai pemain yang baru dibawa masuk ke Stadium Emirates namun desas desus kuat mengatakan bahawa proses pembelian Gervinho berjalan dengan lancar dan Arsenal dijangka akan mengumumkan secara rasmi beliau sebagai pemain Arsenal pada minggu ini.

Sumber: Mail Online

Tagged:

0 comment(s):

Post a Comment