Wenger akhirnya menunjukkan kesungguhan untuk membuat pembaharuan pada barisan pertahanan Arsenal dan seperti yang pernah dikatakan beliau bahawa Arsenal akan membawa masuk pemain pertahanan berbangsa Inggeris atau seseorang yang berpengalaman luas dalam BPL. Bidaan Wenger juga bukan main-main apabila tawaran £16 juta yang dikemukakan diterima oleh pihak Blackburn Rovers.
Phil Jones pilih Man Utd berbanding Arsenal |
Rasanya ini adalah kali pertama Wenger membuat tawaran yang sebegitu tinggi untuk seorang pemain pertahanan. Walaupun ramai yang merasakan pemain berusia 19 tahun ini bukan jalan untuk menguatkan barisan pertahanan Arsenal memandangkan masih kurang pengalaman, Wenger kini seakan-akan sudah bersedia mengabaikan polisi pembelian pemain yang selama ini menjadi garis panduan beliau.
Setelah tawaran diterima Blackburn, Wenger diberikan kebenaran untuk berbincang dengan Jones dan dikhabarkan oleh wartawan Daily Express, Matt Law, Arsenal juga bersedia untuk membuat tawaran gaji yang lebih tinggi dari Man Utd, namun Jones menolak dengan alasan tidak mahu berpindah ke London dan sudah pastinya lebih berminat untuk bermain dengan juara BPL tersebut.
Gary Cahill lebih berpengalaman dari Phil Jones |
Kegagalan bagi mendapatkan Phil Jones ini memungkinkan Wenger beralih kepada sasaran lama iaitu Gary Cahill dimana pemain Bolton yang berusia 25 tahun dinilai £17 juta oleh mereka. Walaupun Bolton dikatakan tidak mahu melepaskan Cahill, mereka mungkin akan mempertimbangkan tawaran Arsenal memandangkan kontrak pemain kebangsaan England itu bakal tamat musim depan dan mereka akan berdepan risiko pemain tersebut berpindah secara percuma.
Sumber: ArseblogNews
0 comment(s):
Post a Comment