Tuesday, April 12, 2011

Cerita yang paling hangat sekarang sudah pastinya berkenaan pemilikan Arsenal yang bakal melihat kelab kesayangan kita ini dimiliki oleh Stan Kroenke, seorang billionaire rangkaian sukan di Amerika Syarikat. Beliau dikenali sebagai seorang yang sangat meminati sukan kerana sebelum ini sudah memiliki beberapa kelab sukan lain seperti Denver Nuggets dalam NBA, Colorado Rapids dalam MLS, Colorado Mammoth dalam NLL, dan St. Louis Rams dalam NFL.

Adakah beliau akan menjadi pemilik seperti Glaziers, Abramovich dan lain-lain?
Setelah membeli saham dari pemegang saham terbesar, Lady Nina Bracewell-Smith dan beberapa yang lain, Kroenke kini memegang 63% saham Arsenal yang mana turut menutup pintu pencabar terdekatnya Alisher Usmanov untuk menjadi pemilik. Jika dibandingkan kedua-dua mereka ini, sudah pastinya Kroenke adalah calon yang lebih sesuai kerana Usmanov tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam pemilikan sesebuah kelab sukan.

Ramai yang sangat teruja dengan prospek masa depan Arsenal kerana selain dari pengalaman memiliki kelab sukan, Kroenke mempunyai reputasi tidak masuk campur dalam pengurusan kelab yang dimiliki beliau. Walaupun dikatakan sebagai seorang yang akan berbelanja untuk membawa pemain berstatus bintang, pendekatan yang selalu diambil oleh Kroenke adalah dengan tidak mengambil jalan mudah dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Maka sebarang perubahan drastik tidak mungkin akan berlaku. - isi dari Swiss Ramble menerusi Arseblog.

Selain itu, seperti yang dilaporkan dalam Arsenal.com, Kroenke telah meminta lembaga pengarah yang sedia ada agar terus kekal bersama termasuklah Peter Hill-Wood sebagai pengerusi. Beliau yang sudah menjejakkan kaki sejak September 2008 berjanji akan terus menyokong dan meneruskan model bisnes yang sedia ada.

Walaupun begitu, niat sebenar billionaire Amerika ini hanya akan kita ketahui setelah beliau mengambil alih pemilikan Arsenal. Sebelum ini ramai yang menentang pemilikan orang asing kerana bimbang perkara yang sama bakal terjadi seperti Man Utd dan Liverpool yang dibebani masalah hutang dan Chelsea yang mana pemiliknya menggunakan kuasa yang ada dalam menentukan hala tuju dan banyak masuk campur dalam pengurusan kelab.

Marilah kita berharap agar Stan Kroenke tidak seperti begitu dan menjadi pemilik kelab atas dasar keghairahan dalam sukan. Kalau dulu aku sentiasa beranggapan Wenger teragak-agak untuk membeli pemain kerana berhati-hati dengan situasi kewangan Arsenal, kini tidak lagi kerana Kroenke mempunyai dana yang besar untuk mengekalkan kewangan Arsenal ditahap yang sihat.

2 comments:

  1. klu dia ni amik alih.,boleh lah arsenal belanja besar-besaran..,,

    ReplyDelete
  2. dia boleh kasi duit tp terpulang pada wenger nak beli ke tak..

    kalau wenger xmo guna gak aku xtau la nk cakap apa lg..

    ReplyDelete