Arsenal dikatakan telah bersetuju untuk bertanding dalam Liga Juara-juara Eropah peringkat remaja yang baru sahaja diperkenalkan UEFA dan dijangka akan bermula pada bulan Ogos tahun ini. Berita ini dibawakan secara eksklusif oleh Young Guns Blog pada 8 April lalu.
Mampukah pemain remaja Arsenal menjadi juara yang pertama pertandingan ini? |
Walaupun perancangan masih diperingkat awal, beberapa pasukan lain yang telah bersetuju untuk bertanding adalah Ajax, Bayern Munich dan Basel. Buat masa ini, pihak UEFA sedang berbincang dengan pegawai rasmi dari Celtic, Liverpool, Chelsea, Manchester United dan Sporting Lisbon untuk mencuba pertandingan ini.
Format pertandingan dikatakan tidak banyak beza dari Liga Juara-juara Eropah yang sebenar iaitu akan ada perlawanan peringkat kumpulan dimana terdapat empat pasukan dalam satu kumpulan. Ianya akan disusuli dengan peringkat kalah mati yang dijadualkan berlansung pada Januari 2012.
Jikalau selalunya pertandingan peringkat remaja dilakukan di padang latihan, ianya berbeza untuk pertandingan ini kerana ianya akan dilansungkan di stadium utama. Ini bermakna perlawanan akan dilansungkan di Stadium Emirates dan bukan di Stadium Underhill yang selalu diguna pakai bagi perlawanan pasukan simpanan dan remaja. Secara tidak lansung ianya juga akan menambah pendapatan kelab.
Pertandingan ini pastinya agak menarik kerana ia akan melibatkan pemain-pemain dari akademi bolasepak kelab elit Eropah. Selain dari pendedahan awal kepada pemain muda, aku dapat lihat pertandingan ini juga akan memudahkan Arsene Wenger untuk mengesan dan 'mencuri' bakat muda dari akademi lain dan dibawa masuk ke Stadium Emirates. Haha!
Menurut Young Guns lagi, Arsenal dijangka akan mengumumkan secara rasmi berkenaan pertandingan ini pada musim panas akan datang.
0 comment(s):
Post a Comment