Friday, May 27, 2011

Lama sungguh aku tak update blog ni. Maaflah kepada yang setia datang menjenguk blog ni tapi haram pun tak ada update. Tak perlulah setiap kali aku menghilang, aku nak kena bagitau puncanya. Sudah semestinya aku sibuk dengan kerja.

Baiklah, kita teruskan dengan berita yang tak berapa nak terkini ni. Seorang lagi pemain muda Barcelona yang mana juga produk dari akademi La Masia bersetuju untuk menyertai Arsenal mengikut jejak langkah Jon Toral yang memilih untuk bersama Arsenal Februari lalu.

Bellerin mewakili Barcelona Cadete B, pasukan pemain simpanan Barcelona
Pada bulan lalu, Bellerin telah menolak kontrak baru bersama Barcelona berikutan beberapa siri pertikaian dengan staf pelatih disana. Sementara itu, Chelsea dan Man Utd juga dikatakan turut berminat untuk mendapatkan Bellerin namun Arsenal lebih pantas menyambar pemain Sepanyol bawah 16 tahun ini. Untuk itu Arsenal telah bersetuju untuk membayar wang pampasan sebanyak €400,000.

Bellerin adalah pemain sayap kanan yang pantas disamping mempunyai kemahiran teknikal yang tinggi dan turut mahir dalam melakukan banyak trik. Seorang pemain attacking semula jadi, beliau juga gemar menjaringkan gol dalam kotak penalti.

Kedua-dua pemain yang 'dicuri' dari Barcelona iaitu Bellerin dan Toral,  telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dengan pilihan lanjutan selama dua tahun lagi.



Diambil dari: YoungGunsBlog

Tagged: ,

4 comments:

  1. aku kekadang naik bosan betul dengan arenal nih.,,beli pemain muda dari pengalaman..,,ape gile la..,,macam mne nk dapat piala atau trofi..,,tak kan nk beli pemain2 mude je.,,sampai bele fan nk bersabar.,,,arsenal kene ade pemain yg berkualiti lagi ternama.,,jgn ckp arsenal tak ade duit yek..,,arsenal antara kelab terkaya kt eropah..,,sesebuah kelab perlukan modal jika mahu juara dan berjaya..,,kalau nk harapkan pemain2 muda je.,,jgn harap lah

    ReplyDelete
  2. mostly, player muda untuk reserve..

    ReplyDelete
  3. Exactly.. Player2 ni utk reserve. Bkn utk main first team. Ini bukan juga major signing.. Aku cuma post ni sbb xde citer nk post. Utk major signing kita tunggu jelah sape wenger nk beli

    ReplyDelete
  4. arsene wenger sendiri tak pandai dlm perbelanjaan..,,kalau nk ikutkan conto produk Manchester United.,,ade gigs..,,Schools..,Niville..,,disamping pemain muda mcm rooney..,,baru betul..,mne la boleh semua pemain2 mdua..,,kene ade beli pemain yg taste yg tinggi.,,kalau tak arsenal tak ade matlamat yg dituju klu nk harapkan pemain2 muda..,,

    ReplyDelete