Wednesday, November 9, 2011


Penyerang yang semakin hilang sentuhannya ini dikatakan menjadi sasaran utama Sevilla pada jendela perpindahan yang akan dibuka pada Januari tahun depan. 


Buat masa ini Arsenal hanya ada tiga pemain yang betul-betul bermain di posisi penyerang. Mereka adalah Robin van Persie, Marouane Chamakh dan Park Ju Young. Dengan ketiadaan Chamakh yang akan mewakili pasukan kebangsaannya pada kejohanan Africa Cup Nations Februari depan, jelas sekali Arsenal perlukan penyerang yang mampu membolosi pintu gol lawan.


Pemain tengah Borussia Moenchengladbach ini di pantau rapat oleh Arsenal dan Man City setelah beliau terus menyinar di Bundesliga terutama sekali pada musim ini. Khabar angin ini dikuatkan lagi dengan adanya sumber di Jerman yang menjangkakan kedua-dua kelab England ini akan membuat bidaan pada Januari depan.


Arsenal dikatakan sedang memantau penyerang muda Barcelona yang masih belum ingin menandatangani kontrak baru bersama kelab Catalunya tersebut.

Deulofeu tidak pasti samada untuk kekal di Nou Camp ataupun tidak kerana beliau berhasrat ingin segera bermain dalam kesebelasan utama skuad Barcelona.


Sejak dua tiga minggu kebelakangan ini khabar angin telah bertiup kencang mengaitkan pemain tengah Real Madrid iaitu Esteban Granero dengan perpindahan ke Stadium Emirates.

Namun begitu, Arsene Wenger akhirnya menyatatakan pada sidang akhbar baru-baru ini bahawa beliau tidak akan mendapatkan khidmat pemain yang dinilai £10juta tersebut. Secara ringkas Le Prof mengatakan beliau tidak berminat dengan bekas pemain kebangsaan Sepanyol bawah 21 tahun tersebut.

Ini telah membuka ruang kepada Valencia yang sedang dilanda masalah kecederaan untuk membida Granero yang semakin hampir untuk meninggalkan Santiago Bernabeu pada jendela perpindahan Januari tahun depan.

Sumber: The Mirror