Sunday, June 12, 2011

Post saje2 sebab aq terlalu suka kan gif image atau gambar yang bergerak. So ini adalah antara keseronokan pemain-pemain arsenal untuk season 10/11.





Cukup la, harapkan season depan lagi banyak kegembiraan yang kita dapat. Sorry aq buat semak ye tuan tanah. hehe


Johan Djourou beranggapan bahawa Gervinho striker dari kelab France "Lille" dan Ivory Coast ini bakal bersinar sekiranya dia bermain di Arsenal. Beliau berkata :-
I have followed a bit of the French league this season and I have to say Gervinho is a great player,I have known him for a long time and he is just a great player … quick, with so much talent and good skills. He is a great, great talent and we need that because he can play as a striker, as a No.10 or on the wing. He has all the ingredients to play for Arsenal, that is a definite.

Arsenal sebenarnya sudah berlambak dengan striker, aq tak rasa arsenal perlu membawa masuk lagi striker. Pakai je la ape yang ade, lagi pun sume menunjukkan pretasi yang semakin meningkat cuma di bahagian defend sahaja perlu diperkuatkan.


Samba seorang lagi pemain yang cukup gersang pada set-pieces ini semakin hampir untuk ditandatangani sebanyak 9mil. Menurut goonertalk Arsenal dijangka membayar sebanyak 9mil kepada Blackburn untuk merebut si badan sasa ini. Sejak kelab itu diambil alih oleh Venky's group, masalah kewangan kelab semakin terganggu adalah salah satu punca ia dijual. Petikan beliau :-
Everybody knows that I am an ambitious player. I think a move to Arsenal was very close in January but that is life,

Friday, June 10, 2011

Mirror Football hari ini secara eksklusifnya melaporkan bahawa Arsenal berjaya dalam persaingan dengan Man Utd dan Liverpool bagi mendapatkan bakat muda England ini. Pemain sayap Southampton yang sudah lama dikaitkan untuk berpindah ke kelab yang lebih besar ini dikatakan telah segera terbang pulang dari destinasi percutian apabila mengetahui beliau akan disahkan menjadi pemain Arsenal pada 1 Julai ini.

Alex Chamberlain berjaya bantu Southampton melangkah ke Championship
Sebelum ini Alex Ferguson dikatakan bercadang untuk mendapatkan Chamberlain setelah berjaya dalam bersaingan dengan Arsene Wenger bagi mendapatkan Phil Jones dan Ashley Young yang bakal menyusul kemudian namun kali ini Wenger awal-awal lagi mengambil langkah awal.

Kejayaan mendapatkan Alex Chamberlain ini tidak dinafikan adalah hasil dorongan bapa beliau sendiri iaitu Mark Chamberlain, seorang bekas pemain kebangsaan England yang pernah membuat lapan kali penampilan ketika bermain untuk Stoke. Mark Chamberlain yakin bahawa anak beliau dapat banyak belajar dibawah bimbingan Arsene Wenger.

Pada awal bulan ini Mark Chamberlain dipetik berkata:
He’s only going to get better. A lot of people speak to me and say, ‘Maybe it’s too soon - look at Theo.’ But for me, I think Theo’s doing fantastic, he’s developing as a player, he’s still developing and he’s only young. To develop at a place like Arsenal can’t be a bad thing. In my eyes, I’d like him to go there as soon as possible, and continue his development.

Arsenal sudah lama berminat untuk mendapatkan Alex Chamberlain dan dikatakan hampir berjaya membeli beliau pada Januari lepas.

Thursday, June 9, 2011

Wenger akhirnya menunjukkan kesungguhan untuk membuat pembaharuan pada barisan pertahanan Arsenal dan seperti yang pernah dikatakan beliau bahawa Arsenal akan membawa masuk pemain pertahanan berbangsa Inggeris atau seseorang yang berpengalaman luas dalam BPL. Bidaan Wenger juga bukan main-main apabila tawaran £16 juta yang dikemukakan diterima oleh pihak Blackburn Rovers.

Phil Jones pilih Man Utd berbanding Arsenal
Rasanya ini adalah kali pertama Wenger membuat tawaran yang sebegitu tinggi untuk seorang pemain pertahanan. Walaupun ramai yang merasakan pemain berusia 19 tahun ini bukan jalan untuk menguatkan barisan pertahanan Arsenal memandangkan masih kurang pengalaman, Wenger kini seakan-akan sudah bersedia mengabaikan polisi pembelian pemain yang selama ini menjadi garis panduan beliau.

Setelah tawaran diterima Blackburn, Wenger diberikan kebenaran untuk berbincang dengan Jones dan dikhabarkan oleh wartawan Daily Express, Matt Law, Arsenal juga bersedia untuk membuat tawaran gaji yang lebih tinggi dari Man Utd, namun Jones menolak dengan alasan tidak mahu berpindah ke London dan sudah pastinya lebih berminat untuk bermain dengan juara BPL tersebut.

Gary Cahill lebih berpengalaman dari Phil Jones
Kegagalan bagi mendapatkan Phil Jones ini memungkinkan Wenger beralih kepada sasaran lama iaitu Gary Cahill dimana pemain  Bolton yang berusia 25 tahun dinilai £17 juta oleh mereka. Walaupun Bolton dikatakan tidak mahu melepaskan Cahill, mereka mungkin akan mempertimbangkan tawaran Arsenal memandangkan kontrak pemain kebangsaan England itu bakal tamat musim depan dan mereka akan berdepan risiko pemain tersebut berpindah secara percuma.

Sumber: ArseblogNews

Wednesday, June 8, 2011

Kebanyakan fans tidak senang duduk apabila Samir Nasri seakan-akan tidak menolak kemungkinan untuk menyertai Man Utd dalam satu temubual bersama TF1's Telefoot beberapa hari lalu. Khabar angin ini semakin bertiup kencang apabila beliau masih belum menandatangani kontrak lanjutan dan Man Utd pula sedang mencari playmaker yang kreatif berikutan persaraan Paul Scholes.

Nasri bersuara secara peribadi dalam akaun twitter
Apabila ditanya berkenaan khabar angin yang mengaitkan perpindahan tersebut Nasri berkata:
Do I want to go to Man United? First, we should see if it's real and if it is concrete.

Namun hari ini beliau telah menyangkal sebarang khabar angin berkenaan perpindahan keluar dari Stadium Emirates menerusi akaun twitter beliau @Nanas08 bagi meredakan kerisauan para penyokong.

Nasri menulis:
I just want tell you don't listen (to) the newspaper and the rumours I will let you know if something happen.

Menerusi pemerhatian aku, ramai penyokong berpendapat kenyataan Nasri dalam temubual sebelum ini sebenarnya adalah satu taktik ugutan untuk mendapat tawaran kontrak yang diinginkan seperti pernah dilakukan oleh Wayne Rooney sebelum ini. Kemungkinan besar Nasri diarah untuk menjawab sedemikian oleh ejen beliau dalam usaha mendapatkan kontrak lumayan.